Kanak-kanak hilang di rumah rakit ditemui lemas

May 29, 2022 · Isu semasa

Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang semasa berada di majlis hari raya anjuran keluarganya di rumah rakit di Bukit Rangin, Kuantan pada Jumaat malam ditemukan lemas hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata mayat Siti Nur Athhiyya Soffea Mohamad Sukri, 3, ditemukan timbul lengkap berpakaian kira-kira 1.5 kilometer dari rumah rakit berkenaan, lapor Bernama.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa meliputi tiga kilometer dari lokasi kejadian sebelum mayat mangsa ditemukan 11.35 pagi tadi oleh pasukan bomba. Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, mangsa yang memakai baju kurung berwarna merah dilaporkan kali terakhir dilihat bapanya pada 11.15 malam pada hari kejadian.

Sejurus itu, SAR diaktifkan dengan mengambil kira kemungkinan kanak-kanak itu terjatuh dari dua rumah rakit kepunyaan bapanya, yang mempunyai jambatan kayu di bahagian tengah untuk menghubungkan kedua-dua rumah tersebut.

Berita berkaitan
Operasi mencari mangsa dalam runtuhan gudang diteruskan
November 29, 2023· Isu semasa
KL banjir: 19 mangsa tinggal di Chow Kit dipindah ke PPS
October 11, 2023· Isu semasa
Kemalangan van di Balik Pulau korbankan seorang warga Singapura
September 25, 2023· Isu semasa
Pegawai Timbalan Menteri KPDN lapor polis berhubung video tular harga barang
September 21, 2023· Isu semasa
Popular
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
Jangan cabar umat Islam: Ridhuan Tee beri amaran isu ziarah gereja
March 16, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
SPRM masih cari jutaan ringgit kes pembantu menteri DAP: Laporan
April 18, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok