Kanak-kanak dua tahun cetus 134 jangkitan di Sabah

September 22, 2021 · Isu semasa

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun menjadi kes indeks bagi satu kluster baharu iaitu Kluster Lungkidau di Ranau, Sabah sehingga virus Covid-19 turut menjangkiti 134 individu lain, semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Masidi Manjun berkata kes itu dikesan hasil daripada saringan pra kemasukan wad pada 7 September lalu sebelum bapa kepada kes indeks juga didapati positif Covid-19 hasil saringan pengiring kemasukan wad pada hari sama.

“Siasatan awal mendapati bapa kepada kes indeks mempunyai rekod menghadiri mesyuarat dan gotong-royong membersihkan lot tanah penanaman sawit di Mukim Paginatan.

“Selain itu, dia juga terlibat dalam beberapa aktiviti melibatkan perkumpulan orang, gotong-royong pembaikan jambatan di Kampung Lungkidau dan merintis jalan laluan utama kereta untuk masuk ke kawasan perkuburan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Masidi yang juga jurucakap Covid-19 negeri berkata saringan kontak rapat dijalankan mulai 7 hingga 20 September membabitkan 177 individu.

Sementara itu, Masidi berkata lebih 1.94 juta atau 70.6 peratus penduduk dewasa, dan 124,393 atau 29.2 peratus remaja Sabah telah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19.

Beliau juga berkata 1,291 kes positif Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 188,123 kes, dan 1,837 pesakit sembuh menjadikan jumlah kumulatif 164,380 orang, manakala 3,888 pesakit sedang mendapatkan rawatan.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
22 jam lalu· Politik
PRN Sabah mungkin diawalkan, kata Hajiji
November 13, 2023· Politik
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Popular
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Selamat tinggal dunia mak nyah, luahan Cikgu Erin
October 19, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
13 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
13 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
21 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
21 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
5 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok