Kanak-kanak 3 tahun hidap HFMD bukan cacar monyet: KP Kesihatan

May 26, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menafikan kes pertama cacar monyet dikesan di Malaysia, selepas kanak-kanak berusia tiga tahun yang dikatakan menghidapnya, ternyata dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham berkata Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) telah mengambil dua sampel daripada kanak-kanak itu, yang mengalami simptom termasuk demam dan ruam, untuk diuji bagi HFMD, cacar monyet dan virus lain.

“Dimaklumkan bahawa susulan kenyataan KKM mengenai penyakit cacar monyet, seorang kanak-kanak berumur 3 tahun telah dibawa ke Klinik Kesihatan Batu 14, Selangor untuk membuat pemeriksaan kerana mengalami gejala demam (13 Mei) dan ruam (16 Mei). Ruam ini menjadi ‘blister’ (19 Mei) dan mula pecah (21 Mei).

“Diagnosa awal kanak-kanak ini adalah HFMD. Kanak-kanak ini kemudiannya dipantau di Hospital Kuala Lumpur oleh pakar pediatrik. Dua sampel telah diambil di mana MKAK telah membuat pengujian beberapa jenis virus termasuk untuk HFMD dan cacar monyet.

“Hasil ujian mengesahkan kes kanak-kanak ini adalah HFMD kerana keputusannya positif Coxsackie Virus A6, dan negatif untuk monkeypox serta virus lain yang diuji,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, KKM mengesahkan tidak menerima sebarang makluman berhubung jangkitan cacar monyet di negara ini.

KKM sebelum ini bertindak balas terhadap video tular seorang kanak-kanak yang mengalami simptom seperti demam dan ruam.

Kementerian juga menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita yang tidak sahih.

Minggu lalu, KKM melaporkan negara telah merekodkan 31,661 kes HFMD, iaitu 15 kali ganda jumlah yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Popular
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Enggan vaksin, guru boleh ditukar jika jejas proses PdP
September 26, 2021
Beberapa negeri bakal berdepan hujan lebat dan ribut petir esok: MetMalaysia
October 23, 2022
Hanya dua negeri sahaja lagi masih banjir, 705 mangsa kekal di 2 PPS
December 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok