‘Kami juga penat, rindu keluarga. Bantu kami laksanakan PKP kendiri’

May 24, 2021 · Isu semasa

Luahan sedih petugas barisan hadapan sayup-sayup didengar kerana masing-masing walaupun kelelahan, tetap sibuk berkorban bagi memerdekakan negara daripada jangkitan dan penularan wabak Covid-19.

Sedang rakyat hanya berdepan sedikit kesukaran susulan prosedur operasi standard (SOP) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bagi petugas barisan hadapan negara mereka lebih sukar lagi, malah berisiko dijangkiti virus pembawa maut itu.

Doktor Pakar Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Dr Nurul Ashikin Adnan adalah salah seorang daripada petugas barisan hadapan yang kelelahan, namun dikuatkan semangat kerana negara dan demi tugas yang diamanahkan.

Keletihan baginya bukan alasan ketika ini sebaliknya semua pihak perlu bekerjasama dan cekal dalam membendung pandemik Covid-19.

“Rakyat berasa letih kerana tidak boleh melakukan perkara yang mereka selalu buat sebelum ini seperti tidak dibenarkan merentas daerah dan negeri.

“Kami juga tidak boleh lari daripada perasaan demikian, namun perlu teruskan juga kerana ia merupakan amanah dan jalan untuk kita selamatkan negara, walaupun jelas kepenatan pada setiap petugas, malah berisiko lebih tinggi untuk menjangkiti ahli keluarga apabila pulang ke rumah.

“Sebagai manusia biasa sebahagian kami juga turut merindui ahli keluarga masing-masing, kerana kebanyakan bukan orang Terengganu, ada yang dah dua tahun tidak menemui keluarga,” katanya seperti dilaporkan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di HSNZ.

Dr Nurul Ashikin berkata, merawat individu positif pandemik merupakan detik yang sangat sukar dan mencabar dalam hidup terutama apabila berhadapan dengan mereka yang berada di ambang kematian.

“Terutama di waktu kita hendak memaklumkan kepada ahli keluarga pesakit bahawa keadaan dah semakin teruk, ia bukan mudah buat kami.

“Jika mereka boleh diselamatkan itu merupakan perkara yang sanggat mengembirakan. Tetapi perlu diingat virus ini bukan sesuatu yang biasa dan tidak mudah,” katanya dipetik sebagai berkata.

Oleh kerana itu katanya sangat wajar untuk setiap anggota masyarakat mengikuti saranan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah agar setiap rakyat melakukan ‘self lockdown’.

“Bantulah kami petugas kesihatan, kalau tidak ada keperluan jangan keluar terus mematuhi SOP, serta pemakaian topeng dan penjarakkan sosial perlu diamalkan jika perlu keluar untuk menyelesaikan perkara penting.

“Kerana itu merupakan langkah yang terbaik untuk memberhentikan penularan wabak ini,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok