Kalimah Allah : Takiyuddin jumpa AG, dakwa kenyataan Anwar ‘jawapan politik’

May 23, 2023 · Isu semasa

Ahli Parlimen pembangkang mempertikaikan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menuding jari kepada Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun berkait keputusan menarik balik rayuan kes kalimah Allah.

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa ada bertemu dengan Idris pagi tadi di Parlimen dan ketika ditanya Idris menyifatkan penjelasan Anwar itu sebagai ‘jawapan politik’.

“Kebetulan lepas keluar dewan kira-kira jam 11 pagi tadi, saya berjumpa dengan peguam negara. Saya berjumpa di luar. Biarlah saya bertanggungjawab, ini kenyataan saya.

“Saya tanya macam mana Tan Sri? Dia kata ‘kita dengar sajalah jawapan politik’. Ini apa yang keluar daripada mulut peguam negara. Saya bertanggungjawab atas kenyataan ini. Saya ada saksi pun yang keluar bersama saya tadi,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Pada sidang Dewan Rakyat hari ini, Anwar menjelaskan keputusan menarik balik rayuan kes itu dibuat selepas mendapat nasihat peguam negara yang meneliti kes itu dan menyifatkan ia bertentangan dengan keputusan awal dibuat Majlis Raja-Raja malah kes tersebut juga lemah kerana peraturan yang dibuat Kementerian Dalam Negeri.

Pagi tadi, Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad bertanya sama ada kerajaan sudah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu dan berunding dengan majlis-majlis agama negeri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menarik balik rayuan kes tersebut.

Pada sesi sama, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu turut bangkit mengemukakan soalan tambahan yang mempertikai rasional tindakan kerajaan menarik balik rayuan sedangkan masih ada ruang untuk mahkamah yang lebih tinggi memutuskan kes itu.

Sementara itu, pada sidang media tersebut Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS turut mempersoal kenyataan Anwar memandangkan peguam negara yang memfailkan rayuan itu adalah peguam negara sama yang dikatakan menarik balik rayuan tersebut.

“Satu aspek yang kami persoalkan ialah dia kata ini nasihat daripada peguam negara. Siapa peguam negara pada masa kes ini difailkan rayuan? (Beliau) adalah peguam negara yang sama yang ada pada hari ini.

“Logik atau tidak, orang yang sama dulu nasihat kerajaan masukkan rayuan, sekarang ini nasihat kerajaan untuk tarik balik rayuan? Munasabah atau tidak? Kita tak dengar kenyataan daripada peguam negara lagi, itu kita serah kepada peguam negara menjawab perkara ini.

“Saya sebagai peguam, kita tahu kalau yang memasukkan rayuan itu…tak mungkin dia sendiri akan menarik balik rayuan kecuali ada arahan pihak tertentu,” katanya.

Malah beliau juga melahirkan keraguan terhadap kenyataan Anwar yang mengatakan tindakan menarik rayuan tersebut sudah dirujuk kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

“…Sudah dijawab oleh perdana menteri tapi kami amat meraguinya. Pertama dia kata perkara ini sudah dirujuk kepada YDPA dan YDPA kata ikut keputusan Majlis Raja-Raja. Tidak dinyatakan tarikh mesyuarat MRR dan tarikh pertemuan dengan YDPA itu. Adakah sebelum atau selepas kes ini ditarik.

“Apabila kita tanya pendirian kerajaan dan PM atas asas apa dia tarik balik kes ini. Sedangkan apabila ada satu-satu keputusan mahkamah, kita sebagai kerajaan memerlukan keputusan mahkamah yang tertinggi.

“Ini kes mahkamah tinggi sepatutnya dengar dulu (keputusan) Mahkamah Rayuan yang mempunyai minimum tiga orang hakim. Kemudian tak puas hati (lagi bawa) ke Mahkamah Persekutuan. Kenapa kerajaan tidak mengambil langkah sebegitu,” katanya.

Berita berkaitan
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
1 jam lalu· Politik
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
3 jam lalu· Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
7 jam lalu· Isu semasa
Saya tak dengar ada rombakan Kabinet, kata TPM
May 30, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
47 minit lalu · Isu semasa
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023 · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
June 1, 2023
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok