Kalimah Allah: PN kesal tindakan tarik balik rayuan, gesa ikut proses undang-undang

May 17, 2023 · Isu semasa

Perikatan Nasional (PN) menyatakan pendirian kesal dan kecewa dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan campuran berhubung keputusan menarik balik rayuan dalam isu kalimah Allah.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sepatutnya isu kalimah Allah tersebut diputuskan mengikut proses perundangan tanpa sebarang campur tangan kerajaan dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak sensitif dengan kepentingan umat Islam di Malaysia.

Terdahulu, media melaporkan melaporkan Kerajaan Malaysia dan KDN menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.

Berikut kenyataan media oleh Muhyiddin:

Ketika saya menjadi Menteri Dalam Negeri dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH), ada menteri daripada parti DAP yang meminta supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyelesaikan kes Jill Ireland di luar mahkamah. Saya tidak bersetuju dengan permintaan ini kerana apa yang dimaksudkan dengan penyelesaian di luar mahkamah itu ialah KDN menarik balik perintah rampasan cakera padat risalah agama Kristian yang mengandungi kalimah Allah.

Pendirian KDN pada masa itu ialah kes ini mesti diputuskan oleh mahkamah mengikut proses undang-undang. Antara hujah utama KDN pada masa itu ialah penyebaran risalah agama Kristian yang mengandungi kalimah Allah boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan umat Islam dan ini berkemungkinan menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Apabila Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Jill Ireland pada tahun 2021, Kerajaan Perikatan Nasional pada ketika itu berpendirian bahawa keputusan kes ini mesti dirayu ke peringkat Mahkamah Rayuan. Adalah menjadi kelaziman dalam mana-mana kes mahkamah, pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah boleh merayu ke mahkamah yang lebih tinggi.

Keputusan untuk merayu ke Mahkamah Rayuan juga adalah selaras dengan titah yang dizahirkan pada masa itu oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Selangor.

Saya kesal dengan keputusan kerajaan PH-BN menarik balik rayuan dalam kes yang melibatkan sensitiviti umat Islam dan kepentingan awam ini. Sepatutnya, biarlah kes ini diputuskan menurut proses undang-undang di mahkamah sehingga selesai sebelum kerajaan membuat apa-apa keputusan dasar mengenainya.

Sekiranya keputusan mahkamah masih tidak berpihak kepada kerajaan selepas proses rayuan selesai, maka wajarlah bagi pihak kerajaan meminda undang-undang berkenaan demi memastikan tujuan undang-undang tersebut dikuatkuasakan, iaitu untuk menjamin keharmonian hubungan antara masyarakat berbilang agama dan memelihara ketenteraman awam di negara ini dapat dicapai.

Perlu diingat bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya manakala Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing. Maka titah Raja-Raja Melayu dalam hal ini hendaklah dijunjung oleh kerajaan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Pengerusi Perikatan Nasional

Berita berkaitan
Puad dakwa bekas pemimpin mahu lihat UMNO ranap dan Zahid lemah
June 7, 2023· Politik
Dalam pembelaan kes saman, Rosmah kata barang kemas diberi tanpa diminta
14 minit lalu· Isu semasa
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
31 minit lalu· Politik
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
40 minit lalu· Politik
Popular
4 bulan tiada ketua audit negara, kerajaan beria mahu bahas LKAN 2021
June 6, 2023
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
June 6, 2023
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
June 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
15 jam lalu · Isu semasa
Selesai polemik agama segera dengan bijak dan tertib, titah Sultan Selangor
15 jam lalu · Isu semasa
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
16 jam lalu · Isu semasa
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
16 jam lalu · Isu semasa
P.Pinang-Kedah: Keterlaluan label pandangan Sanusi sebagai jenayah
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok