Kalimah Allah khas untuk agama Islam: MAINS

April 21, 2021 · Isu semasa

Kalimah Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama lain, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Datuk Dr Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir.

Abdul Aziz menasihatkan demi menjaga keharmonian dan perpaduan rakyat di negeri ini serta menjaga sensitiviti setiap rakyat dan agama, MAINS menyeru agar rakyat bukan Islam di negeri ini akur serta patuh kepada undang-undang sedia ada selain umat Islam hendaklah juga mematuhi fatwa yang diwartakan.

Memetik laporan Bernama, beliau berkata, sebagaimana Fatwa Negeri Sembilan yang telah diwartakan pada 14 September 2016, umat Islam wajib menjaga penggunaan kalimah Allah dengan cara terbaik.

“Jika terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka tindakan perlu diambil mengikut undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kita ingin jelaskan bahawa di negeri ini ada undang-undang mengenai isu ini yang digubal berasaskan peruntukan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita di Port Dickson, hari ini.

Jelasnya, Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam Di Kalangan Orang Islam) (Negeri Sembilan) 1991 (Enakmen No.9/1991) diluluskan di negeri ini berkuat kuasa pada 5 April 2007.

Beliau berkata, enakmen tersebut menyenaraikan sebanyak 36 perkataan yang dilarang dan tidak boleh dikaitkan dengan agama bukan Islam seperti dalam Jadual (Seksyen 9) Bahagian 1, termasuklah penggunaan kalimah Allah.

Berita berkaitan
Sumpah tak sokong Anwar, ada logiknya Zahid bakal jadi PM
August 10, 2021· Politik
Hanya Pemuda UMNO kecam Kit Siang, mana suara Presiden yang garang?
July 6, 2021· Politik
Kes kalimah Allah, dua Majlis Agama Islam mohon mencelah dalam rayuan kerajaan
June 8, 2021· Isu semasa
Popular
Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan
June 30, 2022
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Zahid diingat jaga sikap, mahkamah bukan kedai kopi, MT UMNO
June 30, 2022
Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti
June 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung
6 jam lalu · Isu semasa
JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu
6 jam lalu · Isu semasa
SRC: 29 Julai pengurusan kes Najib jawab afidavid pendakwaaan
6 jam lalu · Isu semasa
APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru
6 jam lalu · Isu semasa
Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
7 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok