Kali pertama Perlis lepasi angka 100 kes baharu Covid-19 hari ini

September 9, 2021 · Isu semasa

Jangkitan Covid-19 di tujuh negeri dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi meningkat berbanding semalam, dengan Perlis buat kali pertama melepasi 100 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh 24 jam itu sebanyak 19,307 jangkitan baharu dilaporkan – turun sedikit berbanding 19,733 kes yang direkodkan semalam.

Dalam kenyataan media hari ini beliau berkata angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 sejak awal tahun lalu kepada 1,919,774 kes.

Mengikut data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini tujuh negeri yang merekodkan peningkatan ialah Sarawak, Sabah, Johor, Perak, Terengganu, Perlis, dan Labuan.

Sarawak merekodkan 3,118 kes baharu hari ini berbanding 3,100 semalam; diikuti Sabah (2,298 kes baharu, 2,067 semalam); Johor (2,032 kes baharu, 1,867 semalam); Perak (1,341 kes baharu, 1,319 semalam); Terengganu (910 kes baharu, 904 semalam); Perlis (108 kes baharu, 74 semalam); dan Labuan (15 kes baharu, 7 semalam).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Tuduhan seleweng dana, SPRM mohon bantuan pihak buat dakwaan cari bukti
December 8, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar oleh kerajaan campuran baharu
December 8, 2022
Tiada apa nak disorokkan, kata Tengku Zafrul
December 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
20 minit lalu · Isu semasa
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
48 minit lalu · Isu semasa
1,616 kes baharu, empat kematian
4 jam lalu · Isu semasa
PN sedia berdepan PRN serentak di enam negeri: Tuan Ibrahim
16 jam lalu · Isu semasa
1MDB: Saksi beritahu Jho Low sering jemput ke pangsapuri peribadi
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
December 7, 2022
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok