Kajian terperinci dan teliti rangka PPN, bukan tergesa-gesa

June 19, 2021 · Isu semasa

Putrajaya menjalankan kajian terperinci dan teliti sebelum merangka Pelan Pemulihan Negara (PPN) sebelum ia dibentang Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dakwaan ia dibuat secara tergesa-gesa sama sekali tidak benar.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata PPN mengambil kira semua aspek kajian yang meliputi impak keberkesanan program yang dilaksana kerajaan ketika berdepan cabaran pandemik Covid-19 dan kemudiaannya diaplikasi dalam rangka PPN tersebut.

“Dari segi perancangan, kita masih kekal dengan kerangka menyeimbangkan antara kesihatan dan kelangsungan hidup dan pendirian itu tidak berubah sejak Mac 2020 hingga sekarang, cuma suasana semasa Perintah Kawalan Pergerakan pertama memerlukan strategi berbeza daripada suasana sekarang.

“Begitu juga dalam komponen ekonomi… ini bukan hanya difikirkan beberapa hari sebelum pengumuman dibuat dan ia masih berada dalam kerangka Strategi Pemulihan Ekonomi Negara 6R yang dibentangkan Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) sebelum ini,” katanya lapor Bernama.

Selain itu, beliau berkata nilai ambang tiga kriteria utama sebagai unjuran peralihan fasa dalam pelan tersebut iaitu purata kes harian, penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) dan kadar vaksinasi membolehkan pendekatan dan strategi sesuai dilaksanakan bersesuaian dengan situasi semasa.

Saifuddin berkata kerangka dan pelan berteraskan kesimbangan kesihatan dan kelangsungan hidup itu juga menjadi teras kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif membantu rakyat sejak 2020, seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).

Selain itu, perancangan dan pendekatan strategik kerajaan menangani Covid-19 berdasarkan data dan sains menurut Saifuddin, juga mengelak sistem kesihatan daripada lumpuh mengambil kira jangkaan kes positif boleh mencapai 15,000 kes pertengahan bulan ini, jika sekatan pergerakan penuh fasa pertama tidak dikuatkuasakan.

“Setiap angka kita gunakan sejak awal pandemik bermula termasuk kes harian Covid-19 juga adalah angka yang benar dan sahih, bukan dibuat atau dicipta kerana kerajaan bersikap ‘transparent’ dan tidak simpan apa-apa angka sekalipun,” katanya.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota turut optimis setiap fasa Pelan Pemulihan Negara boleh dicapai mengikut jadual dengan syarat ia mendapat kerjasama semua pihak melibatkan kerajaan, swasta dan rakyat kerana indikator tiga nilai ambang setiap peringkat perlu dicapai serentak sebelum boleh memasuki fasa seterusnya.

Mengulas lanjut, beliau turut merujuk kepada pelbagai usaha kerajaan meningkatan kadar vaksinasi seperti Kementerian Wilayah Persekutuan mewujudkan pusat pemberian vaksin bergerak di perumahan rakyat dan Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

“Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 juga bertungkus-lumus meningkatkan jumlah mereka diberi vaksin dengan pelbagai program outreach di kawasan tumpuan ramai termasuk di masjid dan kawasan pedalaman… ini semua penting untuk kita mencapai nilai ambang ditetapkan.

“Namun kita juga memerlukan kerjasama rakyat untuk mendaftar dan bersetuju menerima vaksin selain terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) kerana jika jumlah kes harian meningkat, kita tidak boleh bergerak ke fasa seterusnya walaupun kadar vaksinasi memenuhi nilai ambang,” katanya.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Popular
Ringgit mata wang paling rendah di Asia bagi 2023
July 1, 2023
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023
Zahid sakit saluran kencing pula, perbicaraan hari ini berakhir awal
August 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dibuka rendah, jatuh dua hari berturut-turut
2 jam lalu · Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
2 jam lalu · Isu semasa
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
2 jam lalu · Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
2 jam lalu · Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
17 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok