Kajian terperinci berhubung kelonggaran SOP ke fasa endemik

September 6, 2021 · Isu semasa

Perbincangan secara terperinci mengenai penyesuaian prosedur operasi standard (SOP) serta bentuk kelonggaran dalam negara menuju ke fasa endemik akan dijalankan kerajaan dengan melibatkan beberapa tiga kementerian lain.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tiga menteri berkenaan yang akan terlibat adalah Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

“Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2 Sept lepas bersetuju supaya saya selaku Menteri Kanan Pertahanan yang mengetuai Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut melibatkan tiga menteri ini.

“Sehubungan itu, saya akan memanggil ketiga-tiga menteri ini dalam masa terdekat untuk memulakan perbincangan secara terperinci dan membuat keputusan bersama tentang penyesuaian SOP serta bentuk kelonggaran seterusnya dalam menuju fasa endemik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hishammuddin berkata seperti yang beliau nyatakan semasa sidang media pada 2 Sept lepas bahawa negara sedang menuju ke arah endemik dan beliau turut bersetuju dengan Khairy bahawa peralihan ke fasa endemik akan bermula pada hujung Oktober.

“Sebagai persediaan ke arah fasa berkenaan, kerajaan sedang meneliti kelonggaran-kelonggaran yang bersesuaian bagi membolehkan rakyat kembali menjalani kehidupan seharian lebih bebas dalam norma baharu dan dalam masa sama kerajaan tetap menitikberatkan soal melindungi nyawa serta kesihatan rakyat di samping memastikan pengukuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Kelonggaran ini termasuklah kemungkinan membenarkan rakyat melakukan perjalanan rentas negeri bagi tujuan lebih pelbagai serta membuka lebih banyak sektor. Bagi menetapkan kelonggaran berkenaan, banyak faktor perlu diambil kira kerana ia melibatkan kesihatan rakyat dan keselamatan negara,” katanya.

Hishammuddin berkata pada masa sama beliau juga mengarahkan MKN untuk terus mengemas kini SOP dan kelonggaran yang sudah dipersetujui bersama oleh kementerian-kementerian yang terlibat sebelum ini agar ia lebih mudah difahami.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Tahan Sanusi jam 3 pagi tidak wajar: Ahli Parlimen PH
July 18, 2023· Politik
Popular
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
2 minit lalu · Isu semasa
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
6 minit lalu · Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
9 minit lalu · Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
15 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok