Kajian teliti letak Lembah Klang dalam Fasa Dua PPN, kata PM

August 29, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Lembah Klang akan dikaji secara teliti susulan kadar vaksinasinya sudah melebihi keperluan imuniti kelompok.

Perdana Menteri berkata perkara itu akan dibincangkan sebaik mesyuarat Kabinet dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 diadakan.

“Dos pertama membabitkan sebanyak 6,824,193 dos, iaitu bersamaan 110.7 peratus melebihi penduduk Kuala Lumpur ini. Bagi dos kedua iaitu dos lengkap, seramai 5,518,094 iaitu 89.5 peratus sudah menerimanya.

“Kalau sudah 89.5 peratus, mungkin boleh berpindah ke fasa seterusnya kerana dari segi vaksin sudah melebihi keperluan imuniti kelompok,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemberian vaksin AstraZeneca dos ke sejuta di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Mengikut data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sehingga semalam, 89.5 peratus daripada populasi dewasa di Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, telah melengkapkan dos kedua masing-masing.

Lembah Klang ketika ini berada dalam Fasa Satu PPN

Pada masa sama Ismail Sabri berkata, enam negeri iaitu Perak, Terengganu, Johor, Kedah, Kelantan, dan Sabah belum mencapai paras 50 peratus kadar vaksinasi.

Sehubungan itu beliau telah meminta Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi memberi tumpuan terhadap negeri terbabit.

“Saya mahu sebelum bulan September 2021 berakhir enam negeri ini mesti lebih 50 peratus (kadar vaksinasi) dan jika boleh lebih awal.

“Saya tidak mahu lihat ada lagi negeri kurang 50 peratus. Jika ada vaksin yang mengalami masalah penghantaran tidak perlu tunggu. Kita beralih kepada vaksin sedia ada,” katanya.

Data JKJAV menunjukkan hanya 46.5 peratus daripada populasi dewasa di Perak telah melengkapkan dos kedua; Terengganu (46.2%); Johor (44.9%); Kedah (43.2%); Kelantan (43.1%); dan Sabah (37.1%).

Sementara itu jurugambar Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Zamratulazmi Sarmadi, 38, menjadi penerima dos vaksin AstraZeneca ke sejuta hari ini, menganggap dirinya bertuah kerana suntikan itu disaksikan sendiri Perdana Menteri baharu.

Katanya dia mengetahui menjadi penerima dos ke sejuta setelah hadir ke kaunter vaksin di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) namun langsung tidak mengetahui mengenai kehadiran Perdana Menteri.

“Saya menerima panggilan telefon tadi dan diminta untuk hadir awal ke pusat pemberian vaksin (PPV) di WTCKL. Saya tidak diberitahu pun mengenai dos ke sejuta.

“Hanya apabila tiba di kaunter dua di sini, saya diberitahu menjadi penerima ke sejuta dan selepas itu dimaklumkan Perdana Menteri akan hadir melihat suntikan itu dilakukan,” katanya.

Berita berkaitan
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Malaysia tuan rumah Sukan SEA 2027
May 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok