Kajian MIER unjur keadaan perniagaan negara bertambah baik

April 22, 2021 · Isu semasa

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) mengunjurkan keadaan perniagaan negara semakin pulih selepas beberapa usaha proaktif kerajaan mula menampakkan keberkesanan, malahan Indeks Keadaan Perniagaan (BCI) Malaysia meningkat 28.8 mata tahun ke tahun kepada 111.8 mata pada suku pertama berakhir Mac 2021.

Menurut MIER, indeks tersebut membuktikan pengilang telah meraih kembali keyakinan mereka sejak penularan COVID-19 pada suku pertama 2020.

Peningkatan tersebut turut dipacu pemulihan ekonomi domestik dan global, pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan penyediaan pakej rangsangan ekonomi kepada pengilang.

Berasaskan suku ke suku, MIER berkata BCI susut 3.6 mata kepada 111.8 mata, disebabkan penurunan jualan susulan pengurangan tempahan domestik dan luaran, serta penurunan pengeluaran akibat permintaan yang rendah daripada sumber tempatan dan asing.

“Meskipun berlaku kemerosotan indeks, sentimen perniagaan adalah melebihi paras ambang (daripada 100 mata) untuk dua suku berturut-turut,” katanya dalam Laporan Kaji Selidik Keadaan Perniagaan bagi suku pertama 2021 yang dikeluarkan hari ini.

MIER berkata sub-indeks komponen jualan pembuatan BCI susut 4.85 mata suku ke suku kepada 54.5 mata namun meningkat 8.3 mata tahun ke tahun, menunjukkan jualan pembuatan yang telah mendapat semula momentum.

Bagi tempahan domestik, laporan itu menyatakan bahawa sub-indeks susut 18.4 mata suku ke suku kepada 47.7 mata namun 6.0 mata lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Dari segi tempahan eksport, MIER berkata sub-indeks susut 3.2 mata suku ke suku kepada 57.5 mata namun meningkat 11.3 mata berasaskan tahun ke tahun.

MIER berkata Indeks Pelaburan Modal menokok 3.7 mata suku ke suku kepada 67.5 pada suku pertama 2021 dan meningkat ketara sebanyak 21.3 mata tahun ke tahun, menunjukkan perbelanjaan pelaburan yang telah pulih.

Menurut laporan itu, keadaan pekerjaan telah meningkat ketara suku ke suku dengan 32 peratus syarikat melaporkan tenaga kerja mereka telah bertambah berbanding 28 peratus pada suku terdahulu.

Menurutnya, hanya empat peratus majikan melaporkan pengurangan pekerjaan pada suku pertama 2021, penurunan yang ketara sebanyak 27 peratus suku ke suku.

Kos upah turut meningkat sedikit pada suku pertama 2021 memandangkan 36 peratus responden daripada 1,000 organisasi perniagaan melaporkan peningkatan upah berbanding 31 peratus pada suku sebelumnya.

“Harga jualan domestik kekal stabil dengan 73 peratus daripada pengilang melaporkan harga yang tidak berubah pada suku pertama 2021,” katanya.

Pada masa depan, MIER berkata keadaan perniagaan dijangka meningkat pada tiga bulan akan datang, disokong oleh Indeks Jangkaan (EI) yang lebih kukuh yang meningkat 10.7 mata suku ke suku kepada 120.6 mata pada suku pertama 2021.

Ia mengaitkan pergerakan meningkat dalam EI itu dengan jangkaan pengeluaran kukuh yang naik 4.0 mata daripada suku sebelumnya serta jualan eksport yang dijangka lebih baik yang melonjak 6.7 mata daripada suku kedua 2020.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
2 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
3 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
3 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
3 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok