Kajian ESCAP dedah Asia dan Pasifik belum bersedia hadapi bencana iklim

May 9, 2023 · Isu semasa

Kebanyakan negara di Asia dan Pasifik tidak mempunyai kelengkapan menghadapi cuaca ekstrem dan bencana alam yang semakin meningkat dan sebahagiannya disebabkan oleh perubahan iklim, menurut kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial untuk Asia dan Pasifik (ESCAP), menurut laporan Bernama.

Laporan “The Race to Net Zero: Accelerating Climate Action in Asia and the Pacific” mendedahkan bahawa negara-negara di rantau ini kekurangan sumber kewangan yang besar untuk menyokong usaha penyesuaian dan mitigasi serta data yang diperlukan untuk tindakan iklim.

Dalam satu kenyataan, ESCAP memaklumkan sejak 60 tahun lalu, suhu di Asia dan Pasifik telah meningkat lebih cepat berbanding purata suhu global.

“Enam daripada 10 negara yang paling terjejas teruk akibat bencana berada di rantau ini, di mana sistem makanan terganggu, ekonomi terjejas, dan masyarakat terkesan.

“Laporan itu seterusnya menggariskan bahawa rantau ini mengalami kesan terburuk akibat perubahan iklim, ia juga menjadi penyumbang utama; menyumbang lebih separuh daripada pelepasan gas rumah hijau dunia.

“Keadaan ini kian memburuk apabila populasi bertambah dan ekonomi terus menggunakan bahan api fosil,” menurut kenyataan itu.

Tanpa tindakan tegas, pemanasan global akan kekal menjadi pemacu utama kemiskinan dan ketidaksamaan di rantau ini – akibat buruk menjejaskan seluruh benua dan negara membangun di kepulauan kecil Pasifik, menurut ESCAP.

Sementara itu, Setiausaha Eksekutif ESCAP, Armida Salsiah Alisjahbana berkata rantau Asia dan Pasifik bertanggungjawab terhadap lebih separuh daripada pelepasan gas rumah hijau global, dengan ekonomi sebahagian besarnya dikuasai oleh bahan api fosil dan perubahan iklim memburukkan lagi krisis kemiskinan dan menjejaskan pembangunan mampan.

“Sekarang adalah masa untuk meningkatkan tindak balas iklim di rantau ini.

“Jika keadaan mendesak, konteksnya mencabar. Langkah-langkah untuk menjadikan ekonomi Asia dan Pasifik pada penggunaan karbon rendah dan menyesuaikan diri serta menjadi lebih berdaya tahan terhadap kesan perubahan iklim perlu menjadi keutamaan,” katanya.

Beliau mengakui bahawa kerajaan di rantau ini berusaha untuk mencapai karbon sifar dalam keadaan yang mencabar ekoran “polycrisis” semasa.

Oleh itu, kajian ESCAP menetapkan transformasi yang diperlukan membabitkan tiga sektor utama – tenaga, mobiliti dan logistik rendah karbon, serta perdagangan dan pelaburan antarabangsa bagi mencapai karbon sifar.

Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
June 2, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
1 jam lalu · Isu semasa
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
3 jam lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
4 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
7 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
June 1, 2023
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok