Kaji kedudukan wang negara sebelum Petronas ambil alih Sapura Energy

May 14, 2022 · Isu semasa

Kerajaan perlu meneliti terlebih dahulu prestasi kewangan negara walaupun terdapat cadangan supaya Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengambil alih Sapura Energy Bhd (Sapura Energy) untuk mengelak daripada syarikat perkhidmatan minyak dan gas (O&G) itu diisytihar muflis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pertimbangan lebih teliti terhadap cadangan itu perlu dibuat berikutan industri minyak dan gas merupakan satu industri strategik, dan Sapura Energy merupakan sebuah syarikat perkhidmatan minyak dan gas kedua terbesar di dunia.

“Jadi bantuan itu (cadangan) walaupun tidak melibatkan wang kerajaan, namun Petronas milik kerajaan maka kerajaan perlu melihat lebih teliti sebelum keputusan diambil.

“Kita sedia maklum banyak lagi syarikat kecil dan sederhana dalam industri turut terjejas dan Sapura Energy antara syarikat besar yang terjejas,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Jambatan Sungai Nibong, Kuala Balah di sini hari ini.

Cadangan pengambilalihan Sapura Energy oleh Petronas itu disyorkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika program Debat Perdana di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mustapa berkata syarikat kecil dan sederhana telah melakukan perjumpaan dengannya dan menceritakan masalah yang dihadapi khususnya apabila harga minyak merudum sejak penularan Covid-19.

“Kita faham mereka menghadapi masalah, kita faham industri ini strategik, ramai pekerja dan ada banyak syarikat kecil dan sederhana. Saya telah berjumpa mereka, mereka juga memohon bantuan daripada kerajaan, jadi apabila kita mahu mengambil tindakan, kita perlu melihat keseluruhannya,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai Jambatan Sungai Nibong yang dirasmikannya hari ini, Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata penantian 40 tahun 6,000 penduduk Kampung Kuala Balah kini berakhir apabila kerajaan meluluskan pembinaan jambatan bernilai RM10.17 juta itu.

“Projek membina Jambatan Sungai Nibong sepanjang 237 meter itu sudah bermula sejak Mac lepas dan dijangka siap pada Mac 2024..

“Jambatan yang menghubungkan Kuala Balah dengan kawasan ladang itu amat penting bagi meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat serta memudahkan mereka mengeluarkan hasil getah dan kelapa sawit,” katanya.

Berita berkaitan
Untung Petronas 2022 sebelum kerajaan campuran terbaik dalam sejarah
March 14, 2023· Isu semasa
MP PN tuntut bayaran tunai petroleum terus ke Kelantan
March 7, 2023· Isu semasa
MP PKR pertahan cadangan penyenaraian IPO Petronas, dedah formula kiraan
February 24, 2023· Isu semasa
PETRONAS akan pertahan kedudukan daripada tuntutan tidak berasas pihak Sulu
February 17, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
19 minit lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
3 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
3 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
3 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok