Kaji hukuman alternatif ganti sebat, kata menteri undang-undang

August 21, 2022 · Isu semasa

Kerajaan melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dan Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mengkaji hukuman alternatif bagi menggantikan hukuman sebat yang dilihat terlalu kejam dan tidak berperikemanusiaan, yang diwarisi daripada zaman kolonial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berpandangan hukuman sebatan sehingga 15 kali dianggap keterlaluan kerana, hanya dengan tiga sebatan boleh ‘menghancurkan daging’ seseorang.

“Ini pandangan peribadi saya… sebatan ini amat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Saya hilang kata-kata apabila sebut pasal hukuman sebat sampai 15 kali… sebat tiga kali pun dah pengsan. Jadi, saya hendak kaji secara holistik bersama pihak tertentu mengenai hukuman itu.

“Lagipun soal sebatan ini diwarisi daripada pihak kolonial dulu. Kenapa mesti kekal perkara ini? Kenapa orang di Malaysia kena sebat, kenapa di England tidak disebat,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas berucap pada Simposium Keluarga Malaysia: Pencapaian dan Harapan, di Putrajaya, hari ini (21 Ogos 2022).

Wan Junaidi berkata hukuman sebatan itu perlu dikaji semula malah dasar transformasi penjara dan kehakiman perlu melihat semula perkara tersebut di samping melihat hukuman gantian kepada undang-undang mati mandatori.

Justeru, beliau berkata sebuah jawatankuasa teknikal akan ditubuhkan untuk membuat kajian selain mendapatkan input daripada semua pihak serta pemegang taruh.

Wan Junaidi berkata menerusi pindaan itu kelak, hakim akan diberi budi bicaranya untuk menetapkan berapa jumlah sebatan yang akan diberikan sesuai dengan kesalahan atau jenayah yang dilakukan.

“Contohnya, kalau seseorang itu latar belakang itu teruk sangat kes dia, contohnya masa dia tahan sebelum bunuh orang itu, dia dera, aniaya dengan kejam sekali, jadi hakim boleh menggunakan budi bicaranya,” katanya.

Ditanya hukuman alternatif yang sesuai bagi menggantikan hukuman sebatan, Wan Junaidi berkata beliau berpandangan kaedah sebatan mengikut undang-undang Islam dilihat lebih sesuai.

Beliau berkata kajian hukuman alternatif bagi sebatan dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen pada Oktober depan bersama 11 kesalahan yang dijatuhkan hukuman mati mandatori iaitu sembilan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan dua kesalahan di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Katanya, kerajaan juga akan meneliti syor hukuman gantian bagi satu kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 22 kesalahan lain yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, tetapi dengan budi bicara mahkamah.

Berita berkaitan
KXP: PM kata kena buat kajian teliti
June 30, 2023· Isu semasa
Dua bekas calon kalah PRU dilantik jadi Senator, Wan Junaidi dilantik Speaker
June 19, 2023· Politik
Wan Junaidi sahkan terima tawaran jawatan Speaker Dewan Negara
June 18, 2023· Politik
PMX ajak golongan pekerja perangi rasuah
May 1, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
19 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
19 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023 · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023 · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
22 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok