Kaedah peruntukan tambahan kerajaan negeri ditambah baik: MoF

May 6, 2021 · Isu semasa

Empat penambahbaikan dilaksanakan kerajaan berhubung peruntukan dan sokongan disalurkan kepada kerajaan negeri bagi 2021 agar dapat merancakkan aktiviti pembangunan di semua negeri seluruh negara, kata Kementerian Kewangan (MoF).

MoF menjelaskan ia termasuk penambahan peruntukan berjumlah RM50 juta kepada RM400 juta di bawah Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (Pemberian TAHAP) kepada semua kerajaan negeri.

“Peningkatan peruntukan ini bertujuan membiayai aktiviti Pindahan Fiskal Ekologi sebagai insentif tambahan kepada kerajaan untuk menjamin kelestarian biodiversiti negara,” kata MoF dalam satu kenyataan hari ini.

Penambahbaikan tersebut diumumkan melalui mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang diadakan secara maya pada Khamis dengan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dihadiri menteri besar dan ketua menteri dari semua negeri.

Kementerian itu menjelaskan kerajaan Persekutuan turut bersetuju meluluskan caruman kepada Kumpulan Wang Rizab Negeri berjumlah RM440 juta bagi membantu kerajaan negeri yang mengalami defisit untuk menguruskan hal ehwal kewangan dan melaksanakan projek pembangunan masing-masing.

Ini susulan kerajaan Persekutuan menyedari situasi sukar yang dialami kebanyakan kerajaan negeri terutama dalam pengurusan kewangan negeri ketika pandemik Covid-19, jelasnya.

Majlis Kewangan Negara juga bersetuju supaya Garis Panduan Tatacara Penggunaan Pemberian Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) ditambah baik antaranya termasuk perluasan takrifan penyenggaraan jalan negeri.

“Keputusan ini diharapkan dapat memberi fleksibiliti kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan jalan mengikut keutamaan dan kesegeraan di negeri masing-masing seterusnya menjamin keselamatan rakyat terutama pengguna jalan raya,” menurut MoF.

Selain itu, kerajaan Persekutuan turut menyedari kerajaan negeri juga mengalami pengurangan hasil pendapatan yang sangat drastik.

MoF menambah, justeru, bagi penambahbaikan keempat, kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan berjumlah RM260 juta kepada kerajaan negeri bagi membantu negeri melaksanakan projek-projek berskala kecil di peringkat akar umbi.

“Agihan pertama sebanyak RM60 juta telah disalurkan kepada negeri-negeri dengan had maksimum bagi setiap projek ditetapkan pada RM100,000 melalui kaedah cabut undi untuk memastikan pengagihan peruntukan dapat memanfaatkan kontraktor kecil bumiputera secara saksama,” menurutnya.

MoF menekankan kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam memastikan hubungan dengan kerajaan-kerajaan negeri sentiasa berada dalam tahap terbaik.

“Hasrat ini dimanifestasikan melalui peningkatan peruntukan yang disalurkan dalam pelbagai bentuk pemberian kepada kerajaan negeri setiap tahun.

“Oleh yang demikian, besarlah harapan kerajaan Persekutuan supaya pemberian-pemberian ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh kerajaan negeri terutama dalam memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara,” jelas MoF.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Diskaun PTPTN dihentikan, Menteri KPT kata MOF yang tentukan
October 5, 2023· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Solat sunat Aidilfitri: Jemaah digalak pakai pelitup muka
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok