Kadar vaksinasi Malaysia atasi Britain

July 11, 2021 · Isu semasa

Data mengenai kadar vaksinasi negara bagi setiap 100 populasi menunjukkan Malaysia kini mencatat rekod apabila mengatasi United Kingdom.

Kejayaan itu dikongsi Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin menerusi Instagram (IG) story beliau, semalam.

“Kadar vaksinasi kita melepasi UK ketika mereka berada di kemuncak (program inokulasi),” katanya yang turut menunjukkan purata statistik tujuh hari diterbitkan Our World in Data.

Sementara itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) Kebangsaan memaklumkan keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini mencecah 11,075,493 dos dengan semalam sahaja 324,745 suntikan diberikan.

Menerusi hantaran di Twitter hari ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata daripada jumlah pemberian dos harian berkenaan, sebanyak 213,971 adalah dos pertama manakala 110,774 adalah dos kedua.

Beliau berkata lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Selangor dengan 78,081 suntikan, disusuli Sarawak (62,241), Kuala Lumpur (46,695), Perak (24,067) dan Negeri Sembilan (19,563).

Sehingga semalam, katanya, jumlah keseluruhan pemberian vaksin Covid-19 bagi dos pertama ialah 7,649,848 dan dos kedua 3,425,645.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Dewan Rakyat: MP DAP harap pekebun durian di Raub diberi geran tanah
June 13, 2023
Banjir kilat di beberapa kawasan di Balik Pulau
July 1, 2023
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok