Kadar pengangguran terus catat penurunan kepada 3.7 peratus

September 9, 2022 · Isu semasa

Pasaran buruh Malaysia bertambah kukuh pada bulan Julai dengan kadar pengangguran mencatat 3.7 peratus, iaitu menghampiri paras prapandemik berdasarkan penerbitan Statistik Tenaga Buruh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pencapaian itu adalah jauh lebih baik berbanding 4.5 peratus yang dicatatkan pada tahun 2021 dan 4.2 peratus pada Januari 2022, lapor Bernama.

Bilangan penganggur terus menurun kepada 620,700 orang pada Julai 2022 berbanding 630,600 orang pada bulan sebelumnya, manakala bilangan penduduk bekerja pada Julai 2022 terus mencatatkan pertumbuhan positif 0.3 peratus kepada 15.98 juta orang, katanya.

“Mengikut sektor ekonomi, bilangan penduduk bekerja dalam sektor perkhidmatan semakin meningkat, terutamanya dalam aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman; perdagangan borong dan runcit serta aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan.

“Guna tenaga dalam sektor pembuatan dan pembinaan turut menunjukkan peningkatan, kecuali bagi sektor pertanian, perlombongan dan pengkuarian yang mencatatkan penurunan dalam guna tenaga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mustapa berkata kedudukan tenaga buruh pada Julai 2022 juga bertambah baik berikutan peningkatan berterusan dalam bilangan tenaga buruh sebanyak 0.2 peratus bulan ke bulan merekodkan 16.60 juta orang.

Justeru, kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) yang lebih tinggi direkodkan pada bulan tersebut iaitu pada kadar 69.6 peratus, katanya.

Beliau berkata pencapaian pasaran buruh yang lebih kukuh itu disokong oleh kedudukan ekonomi yang bertambah baik bagi suku kedua tahun 2022 dengan pertumbuhan ekonomi yang semakin kukuh pada kadar 8.9 peratus.

Bagi separuh pertama tahun 2022, ekonomi negara berkembang sebanyak 6.9 peratus.

“Peningkatan aktiviti ekonomi dan sosial yang kembali normal, terutamanya susulan pembukaan sempadan negara sejak 1 April 2022 telah memberi impak positif terhadap pasaran buruh negara yang telah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan.

“Momentum pemulihan pasaran buruh ini juga selaras dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, seperti program JaminKerja – Insentif Penggajian (JKIP) dan pewujudan Portal Pekerjaan Negara, MyFutureJobs,” katanya.

Mustapa berkata kerajaan akan terus berusaha untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan mempertingkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Beliau menjangkakan pasaran buruh akan terus kukuh pada suku tahun ketiga dengan jangkaan prestasi perniagaan lebih baik.

“Petunjuk keyakinan mencatat 4.7 peratus bagi suku ketiga tahun 2022 berbanding 3.5 peratus pada suku kedua.

“Ini menggambarkan situasi ekonomi dijangka lebih baik pada suku ketiga tahun ini,” jelasnya.

Berita berkaitan
Krisis ekonomi global 2023?
6 jam lalu· Isu semasa
Kadar inflasi untuk tempoh Jan-Ogos catat 3.1 peratus, masih terendah di dunia
September 23, 2022· Isu semasa
Kerajaan setuju ambil 10,000 pekerja asing dari Sri Lanka: Saravanan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Popular
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan selesai: SPRM
September 30, 2022
Firdaus Wong lihat tangkap layar mesej lucah didakwa dihantar Ebit Lew
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,007 kes semalam, 5 kematian
3 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
3 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
17 jam lalu · Isu semasa
Terbitan MGII Lestari kerajaan RM4.5b terlebih langganan 2.38 kali
17 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu fokus konsolidasi fiskal, PMKS dalam Bajet 2023: MASA
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
13 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok