Kadar pengangguran Malaysia turun 4.6 peratus pada Ogos

October 8, 2021 · Isu semasa

Kadar pengangguran negara menurun kepada 4.6 peratus atau 748,800 individu pada Ogos lalu, susulan lebih banyak aktiviti ekonomi dibenarkan kembali beroperasi dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) walaupun penularan Covid-19 masih berlaku di seluruh negara.

Statistik Tenaga Buruh pada Ogos yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan kedudukan penawaran buruh berdasarkan Survei Tenaga Buruh juga semakin baik.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata keadaan itu ditunjukkan oleh peningkatan dalam guna tenaga manakala pengangguran menurun pada bulan berkenaan yang menyaksikan beberapa negeri beralih ke fasa seterusnya dalam PPN.

Pada masa sama, Mohd Uzir berkata, bilangan penduduk bekerja meningkat sebanyak 0.5 peratus bulan ke bulan kepada 15.38 juta pada Ogos berbanding 15.29 juta pada Julai, dengan nisbah guna tenaga kepada penduduk meningkat 0.2 mata peratus kepada 65.2 peratus.

Bilangan tenaga buruh pula terus meningkat bagi bulan kedua sebanyak 0.3 peratus kepada 16.13 juta orang pada Ogos 2021 berbanding 16.07 juta orang pada Julai, manakala kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) pada bulan tersebut meningkat 0.1 mata peratus kepada 68.4 peratus berbanding 68.3 peratus pada Julai.

Mohd Uzir dalam kenyataan hari ini berkata kedudukan tenaga buruh semakin baik pada Ogos berikutan lebih banyak aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Ini ditunjukkan oleh peningkatan dalam guna tenaga manakala pengangguran menurun pada bulan tersebut,” katanya.

Pada Ogos tahun ini, menyaksikan beberapa negeri beralih ke fasa seterusnya dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perlis dan Sarawak telah beralih ke Fasa Tiga PPN pada 4 Ogos kecuali beberapa daerah di Sarawak yang masih kekal dalam fasa dua; Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan pula masing-masing beralih ke Fasa Dua dan Empat pada 26 Ogos.

Ketika itu, Johor, Kedah, Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dalam fasa satu manakala baki enam negeri lagi beralih ke fasa dua.

Mengenai situasi pengangguran pada Ogos 2021, Mohd Uzir berkata penganggur aktif atau mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan merangkumi 83.8 peratus daripada jumlah penganggur, dan kumpulan ini menurun sebanyak 3.7 peratus kepada 627,500 orang berbanding 651,300 orang pada Julai 2021.

Daripada jumlah penganggur yang aktif, 53.8 peratus adalah mereka yang menganggur kurang daripada tiga bulan manakala mereka yang berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun meliputi 9.0 peratus, katanya.

Penganggur tidak aktif yang percaya tiada pekerjaan tersedia berkurang sebanyak 4.4 peratus bulan ke bulan kepada 121,300 orang berbanding 126,900 orang pada Julai, katanya.

Mohd Uzir berkata walaupun cabaran akan berterusan pada bulan-bulan berikutnya disebabkan oleh situasi kesihatan awam tidak menentu, pelaksanaan PPN yang membenarkan pembukaan semula ekonomi dengan lebih selamat dijangka dapat memacu ekonomi negara untuk pulih secara progresif.

“Prestasi ekonomi negara yang menggalakkan akan meningkatkan permintaan buruh termasuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam ekonomi. Oleh itu, ekonomi dan pasaran buruh dijangka pulih secara berperingkat pada bulan-bulan akan datang,” katanya.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Norway sudah maklumkan PDRM berhubung penahanan warga Malaysia
September 14, 2023· Isu semasa
Ekonomi negara berkembang paling perlahan sejak 2021, hanya 2.9% pada suku kedua
August 18, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok