Kadar pemberian vaksin di Malaysia tertinggi di Asean, dahului purata Asia

June 8, 2021 · Isu semasa

Kadar pemberian vaksin Covid-19 di Malaysia melepasi kadar purata Asia sekali gus meninggalkan negara-negara utama Asean yang lain, antaranya Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam.

Memetik data terkini mengenai kadar vaksinasi yang dikumpulkan laman sesawang data global, Our World In Data meletakkan Malaysia berada di kedudukan tertinggi di Asia, menjadi satu-satunya negara yang berada di atas paras purata benua Asia.

Data juga menunjukkan sejak 30 Mei lalu, negara menyaksikan peningkatan mendadak trajektori kadar mereka yang menerima sekurang-kurangnya dos pertama suntikan vaksin sekaligus memberikan petanda sasaran kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok pada tahun ini dengan mudah dapat dicapai, petik laporan MalaysiaNow, hari ini.

Sebanyak 7.3 peratus daripada populasi Malaysia menerima sekurang-kurangnya suntikan pertama vaksin Covid-19 sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula pada Februari lalu melebihi kadar purata 6.47 peratus negara-negara Asia lain termasuk jiran-jirannya yang memiliki saiz keluasan dan populasi yang besar.

Angka tersebut tidak mengambil kira 79,620 orang yang menerima suntikan pertama pada 6 Jun lalu.

Pada 6 Jun lalu, sejumlah 3,574,376 orang di Malaysia divaksinasi dengan suntikan pertama sementara 1,130,301 daripada mereka menerima dos vaksin yang lengkap.

Selangor, Sarawak, Perak dan Kuala Lumpur adalah antara negeri-negeri yang memiliki angka penerima vaksin paling tinggi setakat ini.

Dalam pada itu, hanya 6.43 peratus daripada populasi di Indonesia menerima suntikan vaksin pertama mereka.

Program vaksinasi Indonesia dimulakan awal sebulan daripada PICK di Malaysia.

Kedua-dua negara tersebut terus mendahului dengan jauh meninggalkan negara-negara Asean lain seperti Filipina, Myanmar, Vietnam dan Thailand.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Malaysia yang bermula pada 24 Februari tahun ini menyaksikan sejumlah 500,000 barisan hadapan negara menerima vaksin pada fasa pertama.

Fasa kedua bermula pada April dijangka melibatkan 9.4 juta penerima terdiri daripada warga emas dan mereka yang memiliki risiko tinggi.

Fasa ketiga pula dijadualkan bermula pada Mei sehingga Februari tahun depan melibatkan 13.7 juta penerima berusia 18 tahun ke atas.

Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin beberapa kali memberi jaminan kadar vaksinasi negara akan meningkat selepas negara menerima lebih banyak bekalan vaksin bermula Jun.

“Dengan kadar yang kita unjurkan, saya percaya dan yakin kita dapat selesaikan sebelum akhir tahun ini,” katanya dalam sidang media pada 19 Mei lalu.

Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin usaha Malaysia dalam mencapai imuniti kelompok bagi menyekat penularan Covid-19 menerusi pemberian vaksin akan tercapai.

Katanya, sasaran negara supaya 80 peratus populasi Malaysia diberikan suntikan vaksin sebelum akhir tahun ini, akan tercapai.

Jelasnya, semua usaha berkenaan tidak dapat dijayakan tanpa perancangan rapi kerajaan dan pengorbanan petugas barisan hadapan serta sukarelawan yang terbabit.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Anwar tiba di Riyadh hadiri Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-GCC
October 20, 2023· Isu semasa
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Norway sudah maklumkan PDRM berhubung penahanan warga Malaysia
September 14, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
TLDM rancang miliki kapal misi pesisir baharu ganti aset usang
March 28, 2022
27 kawasan di Selangor dilanda banjir kilat awal pagi ini
November 17, 2022
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok