Kadar OPR diputuskan Bank Negara, bukan kerajaan: Anwar

January 4, 2023 · Isu semasa

Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai hak dan kuasa dalam membuat keputusan berkaitan dengan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tanpa perlu membabitkan campur tangan kerajaan bagi memastikan kestabilan ekonomi negara.

Kadar OPR dijangka akan dinaikkan sekali lagi sehingga menimbulkan kebimbangan dikalangan orang ramai kerana sudah berdepan tekanan kos sara hidup yang semakin membebankan ekoran harga barang yang semakin meningkat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hak dan kuasa yang memberi kesan kepada ekonomi negara telah diberi pengkhususan masing-masing seperti yang termaktub dalam peraturan dan undang-undang Malaysia, menurut laporan Bernama.

“(Perubahan berhubung) OPR adalah keputusan Bank Negara (Malaysia) dan bukan Kementerian Kewangan. Kalau nak bincang, saya boleh bincang. Tapi itu adalah ‘wewenang’ (hak dan kuasa) Bank Negara Malaysia,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet hari ini.

Anwar berkata demikian sebagai menjawab soalan berhubung impak dan tindakan oleh Kementerian Kewangan susulan jangkaan kenaikan OPR sebanyak dua kali oleh BNM.

Menurutnya, BNM diberi mandat untuk mempromosikan kestabilan monetari dan kewangan yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berterusan.

Sehubungan itu, Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata satu perbincangan bersama melibatkan Gabenor BNM Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus dan Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli akan dilakukan sebelum merangka Belanjawan 2023.

“Saya undang Gabenor Bank Negara (Malaysia), Menteri Ekonomi untuk berbincang sekali.

“Saya ingat pendekatan ini yang saya pernah lakukan dulu. Saya tidak asing, kerana tindakan mana-mana pihak itu akan juga melibatkan dasar ekonomi keseluruhannaya,” katanya.

Anwar dijadual membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari depan pada Sidang Pertama Parlimen ke-15.

Berita berkaitan
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
6 pelajar MRSM di Kuala Kangsar positif Covid-19
December 2, 2021
PM arah segerakan bantuan RM1,000 kepada mangsa banjir
December 21, 2021
1MDB: Jho Low gelar Najib ‘Optimus Prime’, kata saksi
November 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok