Kadar kumulatif pemberian vaksin Covid-19 kini melebihi 34.0 juta dos

August 30, 2021 · Isu semasa

Jumlah kumulatif pemberian dos vaksin Covid-19 di seluruh negara sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan Februari lalu sehingga semalam kini mencecah lebih 34.0 juta dos.

Data dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) hari ini menunjukkan daripada jumlah kumulatif itu, 19,380,392 membabitkan suntikan dos pertama, dan 14,648,590 dos kedua.

Semalam sahaja sebanyak 302,804 dos diberikan di seluruh negara membabitkan 142,186 penerima dos pertama dan 160,618 lagi penerima melengkapkan dos kedua masing-masing.

Angka baharu itu menjadikan 82.8 peratus daripada populasi dewasa seluruh negara telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19, manakala 62.6 peratus lagi melengkapkan dos kedua.

Untuk hari kedua berturut-turut tiada penerima dos pertama di Wilayah Persekutuan Putrajaya semalam, manakala 1,582 penerima dos kedua.

Wilayah Persekutuan Labuan pula merekodkan sifar penerima dos kedua, semalam, dan hanya 12 individu sahaja yang melengkapkan dos kedua masing-masing.

Johor menjadi negeri paling ramai penerima vaksin Covid-19 semalam, membabitkan 27,639 dos pertama dan 31,067 lagi penerima melengkapkan dos kedua masing-masing.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
August 9, 2022· Dunia
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Popular
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Skandal LCS: Jangan salahkan orang lain kata Kit Siang kepada Najib
August 13, 2022
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
1 jam lalu · Isu semasa
Permintaan terpendam percepat pertumbuhan KDNK: Tengku Zafrul
2 jam lalu · Isu semasa
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
3 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi lemah dikesan di Kundasang
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok