Kadar jangkitan Covid-19 di Labuan paling tinggi, Rt 1.18

November 25, 2021 · Isu semasa

Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan kadar kebolehjangkitan tertinggi setakat ini berdasarkan kes seharian semalam (21 November 2021), kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata kadar kebolehjangkitan atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah 0.99.

Semalam, Labuan mencatat 27 kes baharu berbanding tujuh pada Selasa, dan 10 kes pada Isnin. Keseluruhannya, Wilayah Persekutuan itu mencatat 10,301 kes positif dengan 10,087 pesakit telah sembuh, dan 149 kematian.

Sehingga semalam, Labuan merekodkan 142 kes aktif dengan 116 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 18 ditempatkan di PKRC; enam dimasukkan ke hospital; dan dua pesakit dirawat di unit rawatan rapi, termasuk seorang yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pada masa sama Labuan turut merekodkan 30 kluster Covid-19 dengan 27 telah ditamatkan dan tiga masih aktif. Dua daripada kluster aktif itu membabitkan jangkitan dalam komuniti dengan 36 pesakit, dan kluster pendidikan (29 pesakit).

Untuk rekod, nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Menurut pakar kesihatan, nilai Rt berada pada tahap membimbangkan apabila ia melepasi nilai 1.0 dengan lebih ramai individu berpotensi untuk dijangkiti wabak berkenaan.

Sementara itu, kadar Rt di Putrajaya turun daripada 1.15 pada Selasa kepada 1.12 semalam, manakala Rt di Kuala Lumpur meningkat kepada 1.05 berbanding 1.04 sehari sebelumnya.

Bagi kadar kebolehjangkitan di negeri lain, Selangor dan Johor masing-masing mencatat Rt 1.04; diikuti Pahang (1.03); masing-masing 1.02 di Perak dan Melaka; masing-masing 1.01 di Negeri Sembilan, Kedah serta Sabah; dan Rt 1.00 di Pulau Pinang.

Berita berkaitan
Pelarasan tarif air baharu, pengguna dijangka merasai kenaikan bermula 1 Feb
January 17, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok