Kadar faedah terkini selepas BNM naikkan OPR 25 mata asas

September 8, 2022 · Isu semasa

Langkah Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus, menjadikan penanda aras kadar faedah lebih hampir kepada paras pra-pandemi iaitu 3.0 peratus.

Ia adalah kenaikan kali ketiga berturut-turut tahun ini untuk kadar penanda aras pinjaman dan simpanan sejak Mei dan Julai lalu, dengan masing-masing sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelum ini.

Dengan kenaikan itu, kadar siling dan lantai koridor OPR juga meningkat masing-masing kepada 2.75% dan 2.25%.

Susulan itu, bank juga mengumumkan kadar pinjaman baharu mereka.

Malayan Banking Bhd

Malayan Banking Bhd (Maybank) akan melaras naik kadar asas standard, kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 12 September 2022, berikutan pengumuman kenaikan OPR hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Maybank berkata kadar asas standard dan BR akan dinaikkan daripada 2.25 peratus setahun kepada 2.50 peratus setahun manakala kadar BLR akan dilaras daripada 5.90 peratus setahun kepada 6.15 peratus setahun.

“Begitu juga, kadar asas standard Islam dan kadar asas Islam akan dinaikkan sebanyak 25 mata asas daripada 2.25 peratus setahun kepada 2.50 peratus setahun manakala kadar pembiayaan asas Islamic akan dinaikkan daripada 5.90 peratus setahun kepada 6.15 peratus setahun masing-masing,” katanya.

Sehubungan dengan penyelarasan itu, kadar deposit tetap Maybank dan Maybank Islamic juga akan diselaras naik berkuat kuasa 12 September 2022, tambahnya.

Maybank berkata semakan terakhir dalam BR adalah pada 8 Julai 2022 apabila ia dinaikkan daripada 2.00 peratus setahun kepada 2.25 peratus setahun berikutan kenaikan OPR dengan kuantum yang sama.

RHB Banking Group

RHB Banking Group akan menyemak semula Kadar Asas Standard (SBR), Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman/Pembiayaan Asas (BLR/BFR) naik sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 12 September 2022 sejajar dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Kumpulan perbankan itu dalam satu kenyataan berkata, RHB Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd akan menaikkan SBR daripada 2.25 peratus kepada 2.50 peratus, BR daripada 3.00 peratus kepada 3.25 peratus setahun dan akan turut menyemak semula BLR/BFR daripada 5.95 peratus kepada 6.20 peratus setahun.

“Sejajar dengan semakan semula itu, kadar deposit tetap RHB Bank dan RHB Islamic Bank’s akan turut disemak meningkat,” katanya.

Berita berkaitan
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.70, kerajaan masih abai nasihat MPN
October 3, 2022· Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding semalam berbanding dolar
September 29, 2022· Isu semasa
Ringgit jatuh lagi berbanding dolar AS, menghampiri RM4.70
September 28, 2022· Isu semasa
Ringgit kekal menyusut pada sesi awal urus niaga
September 21, 2022· Isu semasa
Popular
Anak Najib terlepas kes tak bayar cukai RM10.3 juta, LHDN tarik balik rayuan
October 5, 2022
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
October 5, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mat Kilau, Paskal ditayang di Gaza
10 jam lalu · Isu semasa
PH terbit bajet bayangan 2023
11 jam lalu · Isu semasa
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
13 jam lalu · Isu semasa
Najib mohon semakan kehakiman setelah dilarang hadir Parlimen
14 jam lalu · Isu semasa
249,646 murid dapat manfaat bekalan lokar di 626 sekolah: Radzi
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemasangan lokar di 626 sekolah selesai Oktober
10 jam lalu
[VIDEO] Pandangan orang awam terhadap PRU15 diadakan tahun ini
October 4, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok