Kadar faedah kekal: BNM

January 19, 2023 · Isu semasa

Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan mengejutkan hari ini (Khamis, 19 Januari 2023) apabila mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus selepas empat kenaikan berturut-turut sebelum ini.

Berikutan pengekalan itu, jajaran kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dikekalkan masing-masing kepada 3.00 peratus dan 2.50 peratus.

Terdahulu, ramai penganalisis ekonomi dan kewangan menjangkakan OPR akan dinaikkan lagi tahun ini.

“Keputusan OPR ini membolehkan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) menilai kesan pelarasan OPR secara kumulatif memandangkan kesan sela masa dasar monetari terhadap ekonomi.

“Pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi. Langkah seterusnya untuk mengembalikan tahap akomodasi dasar monetari ke tahap yang wajar akan ditentukan oleh keadaan yang berubah-ubah dan kesannya terhadap prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

“MPC akan terus menetapkan dasar monetari yang mengimbangi risiko inflasi dalam negeri dan pertumbuhan yang mampan,” katanya BNM dalam satu kenyataan.

Menurut BNM risiko pertumbuhan ekonomi dalam negeri menjadi perlahan berpunca daripada pertumbuhan global yang lebih lemah daripada jangkaan, aktiviti penghindaran risiko yang lebih tinggi dalam pasaran kewangan global berikutan dasar monetari yang semakin ketat secara lebih agresif di ekonomi utama, konflik geopolitik yang semakin meruncing serta gangguan ketara pada rantaian bekalan yang kembali wujud.

“Inflasi keseluruhan pada tempoh Januari hingga November 2022 berpurata sebanyak 3.4 peratus. Seperti yang diunjurkan, inflasi keseluruhan mencapai tahap tertinggi pada suku ketiga tahun 2022, manakala purata inflasi asas, seperti yang diukur oleh inflasi teras, adalah sebanyak 2.9 peratus hingga bulan November 2022.

“Bagi keseluruhan 2023, inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka sederhana namun kekal pada tahap yang tinggi berikutan tekanan permintaan dan kos yang berlarutan,” katanya.

Bank pusat itu menjelaskan, ekonomi global terus terjejas akibat tekanan kos yang kekal tinggi, kadar faedah yang lebih tinggi serta gangguan berkaitan Covid-19 di China.

Katanya, kesan faktor-faktor ini melebihi kesan sokongan daripada keadaan pasaran pekerja yang positif serta pembukaan semula sepenuhnya ekonomi dan sempadan antarabangsa.

“Inflasi keseluruhan menurun sedikit daripada paras tinggi sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Bagaimanapun, inflasi teras terus kekal melebihi purata yang pernah dicatatkan sebelum ini.

“Bagi menguruskan tekanan inflasi, bank-bank pusat dijangka terus menaikkan kadar faedah, meskipun pada kadar yang lebih perlahan. Tindakan ini akan menyebabkan prospek pertumbuhan global terus menghadapi rintangan.

“Namun begitu, pertumbuhan di China dijangka bertambah baik apabila gelombang semasa Covid-19 di negara itu reda,” katanya.

Berita berkaitan
Kejatuhan nilai ringgit, Mat Maslan kata didorong faktor luaran
October 23, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah RM4.72 pada hari Bajet 2024 dibentang
October 14, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup pada paras RM4.71 berbanding dolar AS
October 11, 2023· Isu semasa
Unit Pemusnah Bom tak kesan bahan meragukan di Bank Negara: Polis
September 20, 2023· Isu semasa
Popular
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
4 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
4 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
4 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
4 jam lalu · Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
9 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok