Kabinet setuju secara prinsip tiga perkara reformasi Parlimen

June 3, 2022 · Isu semasa

Jemaah Menteri pada 1 Jun telah bersetuju secara prinsip dengan tiga perkara dalam cadangan reformasi Parlimen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Ia melibatkan penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen, pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347) dan draf Kod Etika Ahli-ahli Parlimen, katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Mengenai penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen, Wan Junaidi berkata ia mengambil kira penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen yang merupakan sebahagian daripada pengurusan Parlimen yang mempunyai kuasa autonomi untuk menentukan dasar dan tadbir urus Parlimen Malaysia.

Antara yang akan diteliti termasuklah cadangan mewujudkan Skim Perkhidmatan Parlimen, serta sumber kewangan dan bajet tahunan yang diperoleh Parlimen daripada Kumpulan Wang Disatukan yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Parlimen sendiri selaras dengan prinsip pengasingan kuasa.

Menurut Wan Junaidi, Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 telah dimansuhkan melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 1992 [Akta A837] berkuat kuasa pada 20 Nov 1993, iaitu pemansuhannya adalah bagi memenuhi keperluan ketika itu untuk membuka perkhidmatan Parlimen yang tertutup kepada perkhidmatan awam Persekutuan.

Wan Junaidi dalam pada itu berkata pindaan ke atas Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 [Akta 347] dilihat penting supaya akta tersebut lebih relevan dan memberi impak yang sesuai dengan keadaan semasa.

Menurutnya, akta itu telah digubal pada 1952 sebagai House of Parliament (Privileges and Powers) Ordinance 1952 dan dipinda pada 1953 sebelum dikuatkuasakan tahun tersebut, manakala pada 1988, satu semakan dibuat untuk menukar Ordinan tersebut menjadi Akta 347 sekarang ini.

“Selain daripada itu tidak ada pindaan pernah dibuat semenjak 1953,” katanya.

Akta 347 itu merupakan akta berhubungan dengan kuasa dan keistimewaan Majlis Parlimen, kebebasan bercakap dan berbahas dalam prosiding Majlis itu dan perlindungan kepada orang yang diambil khidmat dalam penyiaran kertas-kertas Majlis itu.

Wan Junaidi berkata pindaan kepada akta itu akan mengandungi peruntukan larangan kepada Ahli Parlimen yang telah dituduh di mahkamah digantung daripada menghadiri aktiviti majlis.

“Ini masih diperhalusi untuk menyesuaikan dengan perkembangan dan peraturan Dewan Rakyat sedia ada,” katanya.

Wan Junaidi berkata beliau mencadangkan agar satu Kod Etika Ahli-ahli Parlimen disediakan, yang berbeza daripada apa yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Majlis Parlimen.

Kod etika itu, katanya akan menggariskan tatatertib yang lebih terperinci berhubung sikap Ahli Parlimen semasa di dalam dan di luar dewan sebagaimana yang dilaksanakan di beberapa negara lain.

“Cadangan untuk memperkenalkan Kod Etika ini adalah selaras dengan apa yang dilaksanakan di negara lain termasuk India dan New Zealand,” katanya.

Lanjutan daripada keputusan Jemaah Menteri itu, Wan Junaidi berkata beliau telah memohon Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat untuk mengadakan persidangan jawatankuasa yang dipengerusikan mereka supaya memutuskan rangka kerja serta libat urus dengan pemegang taruh berhubung undang-undang terlibat.

Berita berkaitan
Menteri Ekonomi Argentina letak jawatan selepas pinjaman IMF diluluskan
July 3, 2022· Dunia
Henti berbalah, UMNO perlu rapatkan barisan hadapi PRU-15: Hishammuddin
July 1, 2022· Politik
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
June 29, 2022· Isu semasa
Bantu rakyat hadapi inflasi, potong gaji pemimpin negara dan GLC
June 23, 2022· Isu semasa
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
Youtuber tarik tudung dua wanita Islam didakwa di mahkamah
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kedah tanggung enam bulan sewa rumah mangsa banjir Baling: MB
19 minit lalu · Isu semasa
Zahid mengaku anak diminta pantau pelaksanaan pelaburan dalam hotel
30 minit lalu · Isu semasa
‘Kelakar’ jika tanya penderma duit haram atau tidak, kata Zahid
1 jam lalu · Isu semasa
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
1 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
3 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok