Kabinet setuju gubal RUU sumbangan politik: Wan Junaidi

September 11, 2022 · Isu semasa

Jemaah Menteri telah bersetuju secara prinsip penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Berkaitan Sumbangan Politik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi berkata beliau juga akan menyusul pandangan Jemaah Menteri agar kerangka perundangan yang dicadangkan bagi RUU berkenaan dikemukakan kepada Jawatankuasa Teknikal Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik untuk diperhalusi sebelum dibentangkan dalam mesyuarat Parlimen kelak.

“Justeru, RUU ini akan cuba dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini (11 September 2022), memetik laporan Bernama.

Wan Junaidi berkata beliau telah membentangkan skop dasar bagi RUU Sumbangan Politik dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 September lepas iaitu Pengawal Sumbangan Politik dijadikan sebuah entiti bebas bagi mengawal selia sumbangan politik di negara ini.

Beliau berkata penggubalan RUU itu akan mengambil kira pandangan pihak-pihak berkepentingan termasuk parti politik melalui sesi libat urus yang diadakan.

Sebelum ini, Wan Junaidi berkata beliau sudah mengadakan perbincangan dengan enam entiti termasuk Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung RUU berkenaan.

Perbincangan itu turut membabitkan Pendaftar Pertubuhan (RoS), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM).

“Antara perkara dasar penting yang telah dibincangkan adalah berhubung penubuhan entiti pengawalseliaan sumbangan politik, penyumbang yang dibenarkan dan penetapan penalti ke atas kesalahan di bawah undang-undang ini,” katanya lagi.

Beliau mengarahkan GIACC memperhalusi perkara-perkara dasar berkenaan, manakala BHEUU dan AGC pula menyediakan draf pentadbiran dengan mengambil kira pandangan serta contoh-contoh dikemukakan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Selain itu, analisis perbandingan pemakaian undang-undang ini dari negara-negara lain perlu dilaksanakan bagi tujuan penanda aras undang-undang ini,” katanya turut mengesyorkan undang-undang itu diselaraskan dengan undang-undang sedia ada di bawah RoS dan SSM.

Wan Junaidi berkata, beliau juga menyarankan agar draf pentadbiran disediakan secepat mungkin bagi membolehkan sesi libat urus diadakan dengan semua pemegang taruh mengikut garis masa yang akan disediakan oleh GIACC.

“Bagi menunjukkan ketelusan dan akauntabiliti dalam tadbir urus politik, adalah wajar undang-undang ini dilaksanakan dengan segera,” katanya.

Berita berkaitan
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
2 jam lalu· Politik
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
13 jam lalu· Isu semasa
Prestasi menteri kerajaan campuran semua memuaskan, kata Zahid
May 27, 2023· Politik
Selepas pengesahan tiada dana judi, PN pertimbang saman individu buat tuduhan
May 26, 2023· Politik
Popular
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
11 minit lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
3 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
3 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
4 minit lalu
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok