Kabinet lulus 90.5% perakuan MPN, tapi laksana hanya 23.2 peratus

September 27, 2022 · Isu semasa

Majlis Pemulihan Negara (MPN) hari ini (27 September 2022) mendedahkan walaupun Kabinet telah meluluskan 90.5% daripada perakuan-perakuan majlis itu berkaitan inisiatif-inisiatif yang berorientasikan tindakan (action-oriented) dan segera (immediate) untuk dipertimbangkan oleh Kerajaan namun dari segi pelaksanaannya ia mengecewakan.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daripada 69 perakuan berkaitan isu-isu utama hanya 16 perakuan atau 23.2% telah selesai dilaksanakan.

‘’Manakala 30 perakuan (43.5%) masih dalam pelaksanaan, 14 perakuan (20.3%) belum dilaksanakan atau tiada maklum balas daripada kementerian atau agensi berkaitan dan 9 perakuan (13%) masih menunggu keputusan Kabinet,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN di Kuala Lumpur hari ini.

Muhyiddin turut memberi beberapa contoh perakuan utama MPN yang prestasi pelaksanaannya adalah tidak memuaskan antaranya berkaitan dengan isu kekurangan tenaga kerja asing terutamanya dalam industri PMKS yang menjejaskan produktiviti dan merencat proses pemulihan negara.

‘’Bagi menangani masalah ini, MPN dalam mesyuaratnya pada 2 Disember 2021 telah memperakukan kepada kerajaan supaya menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Khas Berkenaan Kekurangan Tenaga Kerja Dalam PMKS yang diterajui oleh Kementerian Sumber Manusia. Tugas Jawatankuasa Tindakan Khas ini ialah untuk meneliti dengan terperinci apakah permasalahan dalam pengambilan pekerja asing dan mencari jalan penyelesaiannya dengan kadar segera.

‘’Namun begitu, dalam beberapa mesyuarat MPN selepas itu, wakil PMKS masih menimbulkan masalah kekurangan tenaga kerja asing yang terus membelenggu industri PMKS. MPN dalam beberapa mesyuarat sebelum ini dan pada mesyuarat hari ini telah menjemput Kementerian Sumber Manusia untuk membentangkan kemajuan status penggajian pekerja asing,’’ katanya.

Beliau berkata, MPN dimaklumkan sebanyak 1,152,276 permohonan kuota pekerja asing telah diterima daripada semua sektor industri daripada Januari hingga September 2022 dan daripada jumlah ini, sebanyak 467,223 (40.5%) kuota telah diluluskan tetapi hanya 76,000 (6.5%) pekerja asing telah dibawa masuk ke negara ini setakat 12 September lalu.

‘’Data ini menunjukkan jumlah kemasukan pekerja asing adalah jauh lebih rendah daripada keperluan sebenar industri. Bagi MPN, isu kekurangan tenaga kerja asing di negara ini masih meruncing dan tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan walaupun MPN telah membangkitkan isu ini sejak bulan Disember tahun lalu,’’ katanya.

Muhyiddin menegaskan, MPN berpandangan langkah segera mestilah diambil oleh Kementerian Sumber Manusia untuk mempercepatkan proses kemasukan pekerja asing yang diperlukan oleh semua sektor industri bagi menyokong proses pemulihan negara.

‘’Saya juga meminta supaya Perdana Menteri mengambil perhatian utama terhadap isu ini dan memastikan permasalahan yang dihadapi oleh industri dapat diselesaikan dengan seberapa segera,’’ katanya. – WartaRakyat

Berita berkaitan
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023· Politik
Komuniti perniagaan Arab Saudi dipelawa PMX melabur di Malaysia
March 24, 2023· Isu semasa
PMO pandang serius nama digunakan untuk kepentingan pihak tertentu
March 15, 2023· Isu semasa
Usaha normalisasi gaya hidup songsang tak boleh diterima, kata Menteri
March 14, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
RM60.71b tambahan bajet terbesar dalam sejarah, kata Mat Maslan
March 30, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
2 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
2 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
3 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
3 jam lalu · Isu semasa
RM420 juta belanja enam PRN
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok