Ka Siong lega pengeluar telur tak boleh saman ucapan dalam Parlimen

March 13, 2023 · Isu semasa

Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong lega apabila Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul mengeluarkan surat bahawa apa-apa ucapan dibuat oleh Ahli Parlimen dalam mesyuarat Majlis Parlimen terlindung di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Johari memberikan jaminan itu menerusi surat jawapan setelah Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Ayer Hitam, meminta pandangan beliau mengenai dua surat guaman yang diterimanya daripada pengimport telur dari India.

Ka Siong, baru-baru ini diancam tindakan saman daripada pengimport telur terbabit susulan ucapannya dalam Dewan Rakyat pada penghujung Februari lalu.

Dalam surat kepada Johari, Ka Siong merujuk dua surat daripada firma guaman berkaitan ucapannya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bertarikh 22 Februari dan 28 Februari di Dewan Rakyat.

Menurutnya sebagai wakil rakyat adalah menjadi tanggungjawabnya untuk memperjuangkan kepentingan masyarakat serta negara dalam apa jua isu, malah kekurangan telur ayam turut dilaporkan banyak media masa tempatan sejak Disember 2022.

Jaminan Johari itu dibuat melalui surat dimuat naik Ka Siong di Facebooknya hari ini.

Dalam surat itu, Johari menjelaskan bahawa Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan perlindungan kepada Ahli Parlimen berhubung apa-apa jua yang dikatakan olehnya semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasa.

“Sehubungan itu, apa-apa ucapan yang dibuat oleh Ahli Parlimen dalam mesyuarat Majlis Parlimen adalah terlindung di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tiada prosiding di mana-mana mahkamah boleh diambil terhadap Ahli Parlimen berhubung apa-apa jua yang dikatakan olehnya semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Majlis Parlimen tertakluk Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan tersebut,” kata Johari.

Berita berkaitan
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
19 jam lalu· Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
21 jam lalu· Politik
Isu cukai Yayasan AlBukhary, Guan Eng baharu nak saman Muhyiddin
March 27, 2023· Politik
Timbalan Menteri DAP gagal jawab soalan di Dewan Rakyat, elok letak jawatan
March 27, 2023· Isu semasa
Popular
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Radzi beri petua kepada timbalan menteri DAP jawab soalan Parlimen
27 minit lalu · Isu semasa
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
11 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
11 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
12 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
39 minit lalu
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok