Jurutera dipenjara ceroboh tandas wanita, miliki video lucah

June 1, 2022 · Isu semasa

Seorang jurutera perisian yang mengaku mempunyai masalah fetisy dihukum penjara tujuh hari dan denda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menceroboh tandas wanita serta memiliki video lucah dalam telefon bimbitnya.

Majistret Nadia Othman turut memerintahkan Lai Wah Onn, 26, yang mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan, dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu, lapor Bernama.

Sebelum menjatuhkan hukuman, beliau ingin tahu mengapa tertuduh berada di tandas perempuan dan lelaki itu menjawab: “Tengok kasut perempuan, lepas itu rakam muka dari atas.”

Nadia: Kamu nak buat apa?

Lai, yang dilihat tenang sepanjang prosiding menjawab: Saya ada masalah fetisy.

Nadia kemudian memberi amaran keras kepada tertuduh supaya tidak mengulangi perbuatan itu kerana ia adalah kesalahan yang serius.

Lai dipenjara tujuh hari dan didenda RM800 bagi kesalahan menceroboh tandas wanita di Wisma Genting, Jalan Sultan Ismail di sini pada 6.15 petang 30 Mei lepas mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan kedua, Lai dipenjara tujuh hari dan didenda RM2,000 kerana menyimpan video lucah pada tarikh dan di lokasi sama mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah bagaimanapun memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara secara serentak bermula hari ini.

Terdahulu, Lai yang tidak diwakili peguam merayu hukuman minimum kerana ia adalah kesalahan pertamanya selain ingin mendapatkan rawatan psikiatri.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Hafiezah Mohamed Fauzi pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.

Berita berkaitan
PH tak desak PRU-15 disegerakan walaupun tamat MoU 31 Julai
10 jam lalu· Politik
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
July 1, 2022· Isu semasa
Permohonan Rosmah cuba singkir lagi Sri Ram didengar 6 Julai
June 30, 2022· Isu semasa
Kes Guan Eng, saksi tak tahu berapa kali rasuah dibayar
June 28, 2022· Isu semasa
Popular
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat
July 2, 2022
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
3 jam lalu · Isu semasa
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
9 jam lalu · Isu semasa
Malaysia bukan di planet lain, isu kos sara hidup berlaku seluruh dunia: PM
10 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak masa peket pulih dalam masa terdekat
11 jam lalu · Isu semasa
Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri bantu rakyat susah
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok