Juruteknik mengaku tidak bersalah pukul warga emas di Padang Jawa

May 26, 2022 · Isu semasa

Seorang juruteknik sebuah syarikat automotif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini terhadap tuduhan menyebabkan kecederaan kepada warga emas di Padang Jawa, Ahad lalu.

Muhammad Zulkifli Che Su, 24 tahun, membuat pengakuan demikian di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa.

Berdasarkan pertuduhan, dia dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Zainol Din Hussein, 61, kira-kira jam 12 tengah hari di Jalan Padang Jawa, Shah Alam.

Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya,Erneetha Kaur menawarkan jaminan sebanyak RM6,000 serta syarat tambahan terhadap tertuduh iaitu larangan menganggu mangsa sehingga perbicaraan kes itu selesai.

Berita berkaitan: Apa nak jadi Malaysia? 

Bagaimanapun, peguam bela yang mewakili Muhammad Zulkifli, Abi Mursyidin Awal meminta jumlah jaminan dikurangkan dan tidak dilihat sebagai menghukum tertuduh.

“Untuk pengetahuan tuan, tertuduh merupakan seorang yang bekerja sebagai juruteknik dekat sebuah bengkel kereta dengan gaji RM1,800 sebulan selain perlu menanggung ibu bapanya di kampung dengan memberi saraan setiap bulan. Tertuduh juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Wang jaminan hanyalah untuk memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah sepanjang perbicaraan dan sehingga kini tiada masalah untuk dia memberi kerjasama kepada polis serta hadir ke mahkamah sepanjang tempoh perbicaraan dan saya mencadangkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan mematuhi syarat tambahan” katanya memetik Utusan.

Muhammad Syafiq kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan mematuhi syarat tambahan selepas Erneetha dalam kenyataan balas menyerahkan kepada budi bicara mahkamah.

Mahkamah, kemudian menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 13 Julai ini.

Tertuduh ditahan polis pada Ahad lalu dan direman empat hari selepas dilaporkan memukul seorang lelaki warga emas di jalan berdekatan jejantas Padang Jawa menerusi sebuah video tular dalam media sosial.

Tertuduh yang menunggang motosikal dikatakan berbuat demikian selepas tidak berpuas hati dengan warga emas berkenaan dengan menjerit dan memarahi mangsa.

Ketika kejadian, Zainol Din yang juga pesara swasta memandu bersama isteri dan cucunya menuju ke Putrajaya pada jam 12 tengah hari.

Ketika membelok ke kanan menghala ke Alam Avenue, Muhammad Zulkifli menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 datang ke arah mangsa yang berhenti di tepi jalan sebelum menendang dada kirinya dan menumbuk muka serta kepala bertubi-tubi sehingga terjatuh.

Bagaimanapun, mangsa semalam dalam sidang akhbar di rumahnya di lokasi sama memberitahu memaafkan tertuduh, namun menyerahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Zainol Din, walaupun teruk diperlakukan seperti video tular dalam media sosial, dia bersedia memaafkan lelaki terbabit dan enggan isu berkenaan berlarutan walaupun laporan polis sudah dibuat.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok