Jurulatih selam masih trauma

April 8, 2022 · Isu semasa

Jurulatih selam warga Norway Kristine Grodem yang ditemukan selamat di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi semalam, masih berada dalam keadaan trauma.

Ketua Polis Daerah Mersing Superintendan Cyril Edward Nuing berkata siasatan menyeluruh tidak dapat dilakukan berikutan keadaan Grodem, 35, masih lemah dan tidak stabil.

“Kita masih tidak membuat siasatan yang menyeluruh disebabkan keadaannya yang lemah dan masih dalam keadaan trauma.

“Semalam, saya dengan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjumpa dengannya… beliau masih dalam keadaan yang tidak stabil untuk beri kerjasama,” katanya pada sidang media di Pangkalan Hadapan Carilamat di Jeti Awam Majlis Daerah Mersing, di sini, hari ini.

Sementara itu, Cyril turut menegaskan kepada masyarakat agar tidak mengeluarkan sebarang spekulasi ataupun fakta tidak tepat berhubung insiden terbabit yang dikhuatiri mengganggu proses pencarian, lapor Bernama.

“Spekulasi atau fakta tidak tepat (boleh) mengganggu dalam proses pencarian kami dan juga keluarga mangsa dan kita tidak mahu perkara seperti itu berlaku.

“Sekiranya dikesan ada berlaku keadaan sedemikian termasuk menyebarkan berita-berita palsu yang (dikhuatiri) mengganggu penyiasatan kami ataupun berita tidak benar, pihak polis akan mengambil tindakan,” tegasnya.

Dalam kejadian tengah hari Rabu lepas, empat penyelam warga asing dilaporkan hilang ketika menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman, di sini.

Bagaimanapun, Grodem ditemukan selamat dalam keadaan terapung, lengkap berpakaian dengan kelengkapan menyelam oleh sebuah bot tunda yang dalam perjalanan dari Indonesia ke Thailand pada 8.15 pagi semalam.

Usaha mencari tiga lagi penyelam iaitu Alexia Alexandra Molina (18, warga Perancis); Adrian Peter Chesters (46, warga British) dan anaknya, Nathen Renze Chesters (14, warga Belanda), diteruskan hari ini.

Berita berkaitan
Ditipu jualan kereta terpakai dalam FB, wanita rugi RM132,000
June 7, 2023· Isu semasa
Disiasat polis, MB Kedah sedia dokumen 1 beg
June 7, 2023· Isu semasa
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
June 7, 2023· Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023· Politik
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
11 minit lalu · Isu semasa
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
5 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023 · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
June 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok