Juruaudit bebas dilantik siasat kejadian runtuh pembinaan lebuhraya : LLP

March 25, 2021 · Isu semasa

Audit keselamatan akan dijalankan oleh juruaudit bebas yang bakal dilantik oleh pengendali pembinaan lebuhraya, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) dan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bagi mengenalpasti punca insiden runtuhan di tapak.

Perkara tersebut diumumkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang mengatakan akan menyiasat punca kejadian yang berlaku 22 Mac baru-baru ini sehingga menyebabkan kematian.

“Pelantikan juruaudit bebas ini adalah prosedur operasi standard (SOP) apabila berlaku kejadian luar jangka di semua tapak pembinaan lebuh raya.

“Kesemua syarikat pemaju projek lebuh raya adalah bertanggungjawab untuk memastikan semua kontraktor dan subkontraktor mematuhi peraturan dan prosedur kerja yang ditetapkan,” kata kenyataan itu.

Selain lantikan juruaudit ini, siasatan juga akan melibatkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Menurut LLM lagi, arahan dikeluarkan kepada semua syarikat konsesi yang terlibat dalam projek lebuh raya dalam pembinaan supaya melaksanakan pemeriksaan keselamatan terperinci menerusi juruaudit bebas.

Selain itu, LLM diarahkan Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof agar memastikan kesemua syarikat konsesi melaksanakan pemeriksaan terperinci di semua kawasan pembinaan yang berisiko tinggi terhadap keselamatan pengguna jalan raya, orang awam dan pekerja pembinaan.

Sementara itu, pemandu lori yang cuai hingga menyebabkan bongkah konkrit terjatuh dari sebuah lori di lorong tengah Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) selepas Hillview menghala ke Ampang hari ini telah dikenakan tindakan saman.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohammed Farouk Eshak berkata insiden pada kira-kira 7 pagi itu telah menyebabkan laluan trafik sesak di kawasan tersebut.

Prolintas dalam kenyataan sebelum ini menjelaskan insiden yang tular dalam media sosial itu tidak ada kaitan dengan pembinaan SUKE.

Berita berkaitan
Suspek lawan arus di lebuh raya SUKE sudah diambil keterangan
June 20, 2023· Isu semasa
Saksi kemalangan motosikal berkuasa tinggi di SUKE diminta tampil
June 15, 2023· Isu semasa
Rempuh kereta berhenti lihat pemandangan indah di SUKE
September 19, 2022· Isu semasa
80,000 kenderaan dijangka guna SUKE setiap hari
September 14, 2022· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Kes kalimah Allah untuk Sarawak sahaja, Anwar silap: Baru Bian
May 17, 2023
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok