Jumpa tulang rangka: Dua beranak dituduh bunuh budak lima tahun

April 13, 2022 · Isu semasa

Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, bulan lalu, susulan penemuan rangka dipercayai milik mangsa.

Tertuduh, Khalid Redza Shuib, 41, dan anak perempuannya berusia 18 tahun hanya mengangguk faham selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.

Menurut pertuduhan, mereka secara bersama-sama pada 3 Mac 2022 kira-kira 7 malam di sebuah rumah di Taman Nee Yan di Seremban menyebabkan kematian Hanan Hasrul Izwan, 5.

Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Pada 7 April lalu polis menemukan rangka dipercayai milik seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Jalan Bukit Zamrud selepas operasi pencarian dilakukan sejak 28 Mac lalu.

Pada 28 Mac lalu juga polis membawa seorang wanita yang dipercayai ada kaitan dengan penemuan mayat wanita di kawasan gaung dekat Jalan Lama Bukit Putus ke satu kawasan belukar di Jalan Bukit Zamrud bagi menunjukkan lokasi tempat kanak-kanak itu ditanam.

Sementara itu, Khalid Redza turut didakwa membunuh Meriammah Abdullah Basam, 29, pada tarikh antara 15 hingga 17 Mac 2022 di lokasi sama.

Bagi pertuduhan itu tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh hanya mengangguk faham selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norzaliza Tesmin.

Di Mahkamah Sesyen pula, Khalid Redza didakwa menyebabkan cedera parah ke atas Siti Syarifah Aibiddin, 35, dengan cara menyimbah air panas sehingga kulitnya melecur yang dilakukan antara 1 Disember 2021 hingga 24 Mac 2022.

Pertuduhan bagi kes itu dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun dan denda serta sebat.

Peniaga itu juga didakwa mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 melakukan kesalahan pengabaian Sufiy Hasrul Izwan, 20 bulan, di lokasi sama pada 1 Disember 2020 hingga 23 Mac 2022.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Atiqah Abu Hassan.

Mahkamah menetapkan kesemua pertuduhan berkenaan disebut semula pada 17 Mei ini dan tiada jaminan ditawarkan.

Dalam pada itu di Mahkamah Majistret, Khalid Redza mengaku bersalah menyebabkan kecederaan parah ke atas Siti Syarifah Aibiddin, 35, yang dilakukan di lokasi sama antara 1 Disember 2021 hingga 23 Mac 2022.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun dan denda.

Mengikut fakta kes, pada 23 Mac lalu, doktor di Hospital Tuanku Jaafar yang melakukan pemeriksaan terhadap mangsa mendapati dia mengalami luka melecur baru dan lama di seluruh badan seperti ditekap objek panas selain patah tulang femur sebelah kanan dan luka kecil di muka. – HM

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok