Jumlah terkini penduduk Malaysia 32.4 juta

February 14, 2022 · Isu semasa

Penduduk di Malaysia berjumlah 32.4 juta mengikut penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan 2020, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata purata Kadar Pertumbuhan Tahunan dikompaun (CAGR) penduduk adalah 1.7 peratus dalam tempoh 10 tahun, menurut laporan Bernama.

Menurutnya daripada jumlah itu, 29.8 juta atau 91.7 peratus adalah warganegara manakala 2.7 juta atau 8.3 peratus bukan warganegara.

Perdana menteri berkata banci juga mendapati 52.3 peratus ialah lelaki manakala 47.7 peratus perempuan dengan nisbah jantina adalah 110 lelaki berbanding 100 wanita.

“Penemuan banci juga menunjukkan negeri yang mempunyai bilangan wanita melebihi lelaki adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu 100 wanita bersamaan 96 lelaki,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian pelancaran Laporan Penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan 2020 di Shah Alam, hari ini.

Ismail Sabri berkata bagi statistik mengikut etnik, penduduk bumiputera mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 69.4 peratus diikuti Cina (23.2 peratus), India (6.7 peratus) dan lain-lain (0.7 peratus).

Dari segi kumpulan umur pula, beliau berkata dapatan menunjukkan 6.8 peratus adalah berumur 65 tahun dan ke atas, 69.3 peratus ialah umur bekerja (15 hingga 64 tahun) dan bakinya 24 peratus dalam kalangan umur muda (0 hingga 14 tahun).

“Warga emas iaitu penduduk yang berumur 60 tahun ke atas telah direkodkan sebanyak 10.4 peratus (3.4 juta) berbanding 2010 sebanyak lapan peratus (2.2 juta).

“Umur muda telah menunjukkan penurunan daripada 27.6 peratus pada 2010 kepada 24 peratus pada 2020,” katanya.

Perdana Menteri berkata dari segi tempat kediaman pula, sebanyak 9.6 juta telah dibanci serta terdapat 8.2 juta Isi Rumah (IR) dengan Purata Saiz IR persendirian adalah sebanyak 3.8.

Beliau berkata penemuan Banci 2020 itu akan dijadikan tanda aras baharu untuk kerajaan menggariskan polisi dan dasar berkaitan dalam pembangunan kesejahteraan rakyat, di samping dapat memberikan input menyeluruh dalam pelaksanaan dasar sedia ada seperti Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Rancangan Malaysia Ke-12 dan Agenda 2030 Pembangunan Mampan (SDGs).

Katanya dalam menghasilkan statistik kependudukan dan demografi melalui pelaksanaan Banci 2020 itu, kerjasama strategik antara Jabatan Perangkaan Malaysia dengan kementerian, agensi kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pihak swasta serta masyarakat umum telah terjalin erat bagi menjamin integriti data yang diterbitkan.

Ismail Sabri turut menzahirkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaan banci berkenaan bagi mendapatkan hasil bermanfaat kepada negara dan rakyat, bukan sahaja untuk generasi masa kini tetapi generasi akan datang.

Beliau juga menyeru rakyat negara ini untuk terus membudayakan data dan maklumat dalam pengurusan kehidupan supaya negara dapat membentuk tamadun bangsa yang berfikiran kritis dan analitik berpaksikan data.

“Statistik dan data ini amat berkait rapat dengan pola berfikir dan seterusnya diolah kepada keputusan dan keberhasilan.

“Natijahnya, negara bakal melahirkan rakyat yang berminda kelas pertama selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia ke arah mencapai negara maju pada 2030,” katanya.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Norway sudah maklumkan PDRM berhubung penahanan warga Malaysia
September 14, 2023· Isu semasa
Ekonomi negara berkembang paling perlahan sejak 2021, hanya 2.9% pada suku kedua
August 18, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok