Jumlah sungai melebihi tahap waspada, amaran naik kepada 36

October 26, 2022 · Isu semasa

Jumlah sungai yang melepasi tahap waspada, dan amaran meningkat daripada 30 yang direkodkan malam semalam (25 Oktober 2022), kepada 36 sungai di tujuh negeri, sehingga jam 10.15 malam ini.

Mengikut data publicinfobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) 36 sungai itu melibatkan 11 di Sarawak; Johor (sembilan); Kedah (enam); Negeri Sembilan (empat); dan masing-masing dua di Selangor, Melaka, serta Pahang.

Peningkatan paras air sungai terbabit dikatakan akibat hujan lebat dan ribut petir yang berlaku beberapa jam hari ini, seperti diramalkan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Berikut adalah catatan data paras air bagi sungai dan negeri-negeri sehingga jam 8.45 malam ini:

Sarawak (11 sungai)

Tahap Amaran

  • Sungai Salim B, Sibu (2.86m/2.00m);
  • Sungai Similajau, Bintulu (9.27m/4.00m);
  • Sungai Batang Suai di Kuala Tutong, Miri (4.58m/ 1.20m);
  • Sungai Batang Baram di Long Teru, Miri (7.42m/3.00m); dan
  • Sungai Batang Baram di Marudi, Miri (3.24m/0.00m).

Tahap Waspada

  • Sungai Batang Rajang di Punan Bah B, Kapit (9.74m/5.37m);
  • Sungai Batang Rajang di Durin Bazaar, Sibu (3.71m/2.50m);
  • Sungai Batang Rajang di Jabatan Laut , Sibu (2.40m/1.30m);
  • Sungai Bidut, Sibu (2.86m/1.80m);
  • Sungai Batang Oya di Stapang B, Sibu (12.45m/10.00m); dan
  • Sungai Miri di Batu Niah Bazaar, Miri (2.85m/0.86m).

Johor (sembilan sungai)

Tahap Amaran

  • Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat (19.72m/18.00m); dan
  • Sungai Kesang di Telok Rimba Tangkak (3.01m/2.20m).

Tahap Waspada

  • Sungai Lenik di Ladang Chaah Segamat (5.07m/4.10m);
  • Sungai Senduk, Tangkak (0.62m/0.10m);
  • Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak (3.36m/2.00m);
  • Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok, Batu Pahat (16.80m/14.50m);
  • Sungai Batu Pahat di Empangan Sembrong, Batu Pahat (10.03m/8.50m);
  • Sungai Ayer Hitam di Kampung Paya Embun, Pontian (4.85m/3.50m); dan
  • Sungai Skudai di Parit Keliling, Kampung Pasir, Johor Bahru (0.12m/-0.30m).

Kedah (enam sungai)

Tahap Amaran

  • Sungai Janing di Kampung Labi, Padang Terap (26.10m/23.00m); dan
  • Sungai Sedim di Kampung Sedim, Baling (36.43m/33.50m).

Tahap Waspada

  • Sungai Sintok di UUM Sintok, Kubang Pasu (44.15m/42.00m);
  • Sungai Sari di Kilang Gula Padang Terap (27.43m/25.00m);
  • Sungai Perik di Kampung Perik Padang Terap (11.43m/9.80m); dan
  • Sungai Pendang di Pekan Pendang (2.34m/1.80m).

Negeri Sembilan (empat sungai)

Tahap Amaran

  • Sungai Muar di Kampung Berembang, Kuala Pilah (62.67m/61.80m).

Tahap Waspada

  • Sungai Muar di Pekan Rompin Jempol (31.18m/28.00m);
  • Sungai Gemencheh di Empang Sungai Dua, Tampin (37.96m/36.50m); dan
  • Sungai Gemas di Kampung Tiong, Tampin (20.12m/19.00m).

Selangor (dua sungai)

Tahap Amaran

  • Sungai Klang di Bandar Klang (2.73m/2.20m).

Tahap Waspada

  • Sungai Selangor di Teluk Penyamun (Jeti), Kuala Selangor (2.36m/1.30m).

Melaka (dua sungai)

Tahap Amaran

  • Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin (3.34m/2.20m); dan
  • Sungai Melaka di Batu Hampar Melaka Tengah (1.76m/1.30m).

Pahang (dua sungai)

Tahap Waspada

  • Sungai Triang di Triang, Bera (33.79m/31.00m); dan
  • Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan (3.04m/1.50m).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Paras air melebihi tahap bahaya di 6 negeri, Selangor paling banyak – JPS
November 17, 2022· Isu semasa
Amaran banjir kilat 7 negeri dikeluarkan
November 8, 2022· Isu semasa
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor diramal hujan berterusan: MetMalaysia
November 7, 2022· Isu semasa
Sungai di Kedah paras bahaya, mangsa banjir meningkat di Baling
October 29, 2022· Isu semasa
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022
3,024 kes baharu, lapan kematian
November 26, 2022
Kerajaan laksana PKP di 6 daerah Selangor bermula 6 Mei
May 4, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
47 minit lalu · Isu semasa
3,024 kes baharu, lapan kematian
13 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
24 jam lalu · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
21 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok