Jumlah profesional dikehendaki meningkat pada suku pertama 2021

October 25, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 50.8 peratus tenaga profesional diperlukan pada suku kedua tahun ini, menurut Analisis Data Raya ‘Job Market Insights’ dan ‘My Job Profile’: Lanskap Penawaran Pekerjaan di Malaysia, bagi suku kedua 2021.

Dalam tempoh sama juga analisis menunjukkan 19.2 peratus pekerja kategori juruteknik dan profesional bersekutu serta 18.4 peratus pengurus, diperlukan.

Analisis itu juga mendapati kekosongan jawatan yang diiklankan dalam talian oleh pelbagai syarikat di negara ini meningkat pada suku kedua 2021 iaitu 90,502 berbanding 90,218 pada suku pertama 2021, dan 19,169 pada suku kedua 2020.

Mengulas analisis itu, Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan itu melangkaui jumlah kekosongan jawatan yang diiklankan pada suku keempat 2019 iaitu 90,437, sebelum Malaysia berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Analisis data raya itu dilancarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.

Mohd Uzir berkata lima pekerjaan paling popular yang diiklankan oleh majikan adalah profesional pengiklanan dan pemasaran, profesional bersekutu pentadbiran, pengarah urusan dan ketua eksekutif, akauntan dan juruaudit serta pembangun perisian.

Dari perspektif sektor ekonomi pula, aktiviti profesional, saintifik dan teknikal menjadi sektor utama yang menyumbang kepada penawaran pekerjaan bagi pencari kerja, iaitu 18.5 peratus pada suku kedua 2021 itu.

Empat lagi sektor yang termasuk dalam senarai lima sektor dengan penawaran pekerjaan tertinggi pada suku kedua 2021 ialah pembuatan (18.1 peratus), perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal (17.9 peratus), aktiviti kewangan dan insurans/takaful (8.0 peratus) dan aktiviti penginapan dan perkhidmatan makanan dan minuman (3.5 peratus).

Mohd Uzir berkata Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) mencatatkan jumlah penawaran pekerjaan tertinggi secara dalam talian pada suku kedua 2021 iaitu 46.6 peratus, diikuti Selangor (19.6 peratus), Johor (7.1 peratus), Pulau Pinang (6.2 peratus) dan Perak (1.4 peratus).

Dalam tempoh itu, Kuala Lumpur menawarkan 42,163 pekerjaan diikuti Selangor (17,696); Johor (6,403); Pulau Pinang (5,598); dan Perak (1,277).

“Peningkatan kekosongan jawatan yang diiklankan dalam talian pada suku kedua 2021, memberi gambaran ekonomi negara berada di landasan yang betul ke arah pemulihan pada suku tahun akan datang sekiranya Pelan Pemulihan Negara yang dilaksanakan berjaya mengurangkan impak pandemik dan seterusnya memulihkan ekonomi negara,” katanya.

Berita berkaitan
Peniaga produk kosmetik tak boleh guna gelaran doktor untuk buat iklan
July 25, 2022· Isu semasa
Bersara umur 60 tahun tutup peluang pekerjaan
October 23, 2021· Isu semasa
Tiada iklan pinjaman peribadi ditawar KPKT dalam Facebook
July 1, 2021· Isu semasa
Pelakon iklan judi ‘duit raya’ kena tangkap
April 16, 2021· Isu semasa
Popular
RM93,300 untuk belanja sambutan hari jadi isteri Zahid, kata saksi
August 10, 2022
Model pakai seksi: Kerajaan PAS panggil penganjur minggu fesyen
August 10, 2022
Peguam baharu Najib tarik diri jika kes rayuan diteruskan: Laporan
August 10, 2022
Ada peraturan larang buat kenyataan awam: KP JPA
August 10, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Hishammuddin perlu jawab tiga persoalan isu kapal tempur TLDM
2 jam lalu · Isu semasa
Bot karam di Pulau Redang: Tiga nelayan lemas, dua masih hilang
2 jam lalu · Isu semasa
RON97 turun lagi 10 sen
2 jam lalu · Isu semasa
Hishammuddin sokong dedah laporan audit forensik kapal LCS
4 jam lalu · Isu semasa
Saksi beritahu tak siasat VIP lain didakwa terima wang UKSB
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
7 jam lalu
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok