Jumlah pesakit sembuh semalam rendah berbanding kes baharu

June 18, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 2,130 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Jumaat, 17 Jun 2022), meningkat sedikit berbanding 2,033 kes pada Khamis, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,553 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19; penerima dua dos (386 kes); individu tidak divaksinasi (168 kes); dan penerima belum lengkap vaksinasi (23 kes).

Jumlah kes baharu itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 sebanyak 4,536,795 kes, dengan 4,475,438 pesakit telah sembuh, termasuk 1,080 yang pulih semalam.

Sehingga semalam juga sebanyak 25,626 kes di seluruh negara masih aktif, meningkat berbanding 24,577 kes pada Khamis.

Pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah turut meningkat kepada 24,585 daripada 23,573 pada Khamis, manakala 13 pesakit kekal ditempatkan di PKRC.

Sementara itu, jumlah individu yang menerima rawatan di hospital akibat Covid-19 sehingga semalam turut meningkat kepada 993 pesakit berbanding 959 pada Khamis.

Jumlah pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi juga meningkat daripada 32 kes pada Khamis kepada 35 kes, dengan 19 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berikut adalah pecahan kes harian semalam serta kumulatif positif sejak 2020 mengikut negeri:

  • Selangor – 776 (1,379,154);
  • Johor – 60 (385,221);
  • Sabah – 115 (373,212);
  • Kuala Lumpur – 553 (363,680);
  • Sarawak – 53 (307,286);
  • Kedah – 44 (301,128);
  • Pulau Pinang – 168 (283,382);
  • Kelantan – 11 (248,109);
  • Negeri Sembilan – 82 (206,303);
  • Perak – 148 (205,488);
  • Pahang – 26 (172,027);
  • Terengganu – 14 (126,414);
  • Melaka – 54 (125,201);
  • Labuan – 0 (21,439);
  • Putrajaya – 22 (21,244); dan
  • Perlis – 4 (17,507).

Sementara itu, KKM turut memaklumkan seorang pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, iaitu di Sarawak.

Susulan itu, jumlah kematian menjadikan pesakit Covid-19 di Malaysia yang meninggal dunia sejak 2020 seramai 35,731 kes, termasuk 7,579 kes BID.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
June 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
1 jam lalu · Isu semasa
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
2 jam lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
3 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
3 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok