Jumlah pesakit ICU kerana Covid-19 kini cecah 1,224

July 5, 2021 · Isu semasa

Jumlah pesakit Covid-19, termasuk individu yang disyaki atau mungkin dijangkiti, yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) kini mencecah 1,224 orang berbanding 917 pesakit semalam sebagaimana diumumkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Jumlah baharu itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kiriman Facebook beliau malam tadi.

“Buat masa ini, terdapat 1,224 pesakit Covid-19 (termasuk kes suspected/probable) yang dimasukkan ke ICU di mana 567 pesakit berada di Lembah Klang,” katanya yang menjelaskan penggunaan wad ICU hospital di Lembah Klang yang kekal tinggi.

Beliau berkata jumlah pesakit Covid-19 termasuk kes yang disyaki dan kemungkinan dijangkiti masih tinggi dan belum menunjukkan penurunan, khususnya di Lembah Klang yang membabitkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Pada masa sama beliau juga memaklumkan masih ramai pesakit kritikal Covid-19 yang tidak dapat ditempatkan di wad kerana kesesakan dan kekurangan katil, termasuk di ICU.

“Namun diingatkan, terdapat ramai pesakit kritikal yang masih berada di Jabatan Kecemasan & Trauma hospital-hospital di Lembah Klang yang belum dapat dimasukkan ke wad kerana kesesakan dan kekurangan katil di wad dan ICU,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata pesakit yang tidak dapat ditempatkan di wad itu kini terpaksa diletakkan di Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital sekitar Lembah Klang.

Katanya, nasib yang sama turut menimpa pesakit Covid-19 dalam kategori 3 dan 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan mereka hanya dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang

Beliau turut menjelaskan bagi menangani masalah itu KKM mengambil beberapa langkah termasuk meningkatkan kapasiti Hospital Kuala Lumpur (HKL) merawat pesakit Covid-19 kategori 4 dan 5 serta penyumberluaran (outsourcing) dengan merujuk pesakit-pesakit bukan Covid-19 dari HKL ke hospital swasta yang berdekatan.

Katanya, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM juga akan dipertingkatkan kapasiti agar lebih ramai pesakit Covid-19 kategori 4 dan 5 dapat dirawat, selain meningkatkan kapasiti merawat pesakit Covid-19 di Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

“Hospital Ampang pula dijadikan sebagai hospital Covid-19 sepenuhnya seperti Hospital Sungai Buloh mulai 30 Jun 2021 lalu,” katanya.

Setakat ini terdapat 17 hospital yang merawat pesakit Covid-19 di sekitar Lembah Klang iaitu Hospital Selayang; Hospital Kajang; Hospital Ampang; Hospital Tengku Ampuan Rahimah; Hospital Banting; Hospital Shah Alam; dan Hospital Serdang.

Hospital lain adalah Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia; Hospital UITM; Hospital Sungai Buloh; Hospital Pakar Kanak-kanak UKM; Hospital Rehabilitasi Cheras; Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan; HKL; Pusat Perubatan Universiti Malaya; Hospital Canselor Tunku Mukhriz UKM; dan Hospital Putrajaya.

Data 4 Julai 2021

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
‘Ibu tunggal’ tipu jadi mangsa banjir minta bantuan
January 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok