Jumlah pesakit Covid-19 sembuh terus melonjak

September 22, 2021 · Isu semasa

Lebih 1.91 juta pesakit Covid-19 di seluruh negara disahkan sembuh sejak Mac tahun lalu hingga jam 12 tengah hari tadi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan hari ini beliau memaklumkan angka itu diperoleh susulan jumlah pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam lalu melonjak kepada 19,702 kes, berbanding 16,650 yang direkodkan dalam tempoh sama semalam, sekali gus melebihi jumlah kes harian baharu 14,990 kes.

Menurutnya jumlah kumulatif kes sembuh yang dicatatkan sehingga hari ini kini mencecah 1,917,088 kes atau 89.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 2,142,924 kes.

Berdasarkan catatan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini daripada 14,990 jangkitan baharu, 1,225 membabitkan rakyat asing. Jangkitan hari ini juga membabitkan lima kes import.

Katanya, 338 atau 2.3 peratus daripada kes baharu itu adalah pesakit kategori 3, 4 dan 5, manakala 14,652 atau 97.7 peratus terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Seramai 1,115 pesakit, termasuk 233 kes yang disyaki serta dalam siasatan, kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di seluruh negara.

“Manakala 618 pesakit, termasuk 225 yang disyaki dan dalam siasatan pula, memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan 26 kluster baharu dikesan hari ini menjadikan keseluruhannya 5,354 kluster dengan 4,048 telah ditamatkan manakala 1,306 lagi masih aktif.

Daripada jumlah kluster baharu itu, 13 membabitkan jangkitan di tempat kerja, tujuh kluster komuniti, lima kluster pendidikan (dua di Perak dan masing-masing satu di Terengganu, Pahang dan Sarawak), dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi di Perak.

Kelantan merekodkan jumlah keseluruhan kluster tertinggi hari ini dengan lima kluster komuniti dan dua tempat kerja. Dua lagi kluster komuniti dikesan di Pahang.

Selangor merekodkan empat kluster tempat kerja diikuti tiga di Johor, Perak (dua), dan masing-masing satu di Pahang dan Kuala Lumpur.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok