Jumlah pesakit Covid-19 di hospital turun kepada empat angka

Kematian

Seramai 36 daripada 228 pesakit Covid-19 yang meninggal dunia dalam tempoh sehingga jam 11.59 malam tadi (Sabtu, 25 September 2021), dikategorikan sebagai ‘brought in death’ (BID).

Ini menjadikan jumlah individu yang meninggal dunia di rumah atau tempat lain sebelum dibawa ke hospital (BID) sejak penularan Covid-19 di negara ini pada Mac tahun lalu, meningkat kepada 4,923 kes berbanding kumulatif kematian sebanyak 25,159 kes.

Menurut statistik dikeluarkan KKM dalam laman web COVIDNOW tengah malam tadi, enam negeri merekodkan peningkatan jumlah kematian dengan Selangor mencatat 75 kes berbanding 65 pesakit pada Jumaat.

Jumlah kematian di Johor juga melonjak daripada 41 kes pada Jumaat kepada 56 semalam, diikuti Kelantan (18 kes semalam, 14 kes Jumaat); Kedah (15 kes semalam, 6 Jumaat); Perak yang merkodkan sifar kematian pada Jumaat mencatatkan 14 kes semalam; Melaka mencatatkan empat kematian semalam berbanding 3 pada Jumaat.

Kes aktif

Sementara itu, jumlah kes aktif di seluruh negara sehingga semalam juga turun kepada 191,434 kes, berbanding 195,837 kes yang dicatat pada Jumaat.

Daripada jumlah itu, 161,889 pesakit menjalani kuarantin di rumah, turun berbanding 163,875 pada Jumaat. Pesakit yang dirawat di PKRC pula berjumlah 18,589 individu (20,786 Jumaat), dan 9,886 pesakit dirawat di hospital, turun berbanding 10,121 pesakit yang direkodkan pada Jumaat.

Sementara itu, jumlah pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) meningkat daripada 1,055 yang direkod pada Jumaat kepada 1,071 semalam, dengan 601 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Daripada jumlah pesakit yang dirawat di hospital sehingga semalam, 1,667 direkodkan di Johor berbanding 1,786 pada Jumaat; Selangor (1,394 Sabtu, 1,497 Jumaat ); Sabah (1,133 Sabtu, 1,157 Jumaat); dan Sarawak (963 Sabtu, 933 Jumaat).

Seramai 881 pesakit pula dirawat di hospital seluruh Kelantan, turun berbanding 902 kes pada Jumaat; Perak (759 Sabtu, 726 Jumaat); Pulau Pinang (634 Sabtu, 626 Jumaat); Kedah (565 Sabtu, 576 Jumaat); dan Pahang (453 Sabtu, 449 Jumaat).

Kuala Lumpur pula mencatatkan 410 pesakit dirawat di hospital pada Sabtu, berbanding 433 pesakit pada Jumaat; Terengganu (323 Sabtu, 347 Jumaat); Melaka (244 Sabtu, 247 Jumaat); Negeri Sembilan (231 Sabtu, 221 Jumaat); Perlis (169 Sabtu, 161 Jumaat); Putrajaya (56 Sabtu, 57 Jumaat); dan Labuan (empat Sabtu, tiga Jumaat).

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) – dilancarkan pada 24 Februari 2021

Data 25 September 2021.

Sehingga semalam sebanyak 83.1 peratus atau 19,454,273 individu dewasa sudah lengkap divaksinasi, manakala 21,923,560 individu atau 93.6 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.

KKM juga memaklumkan sehingga semalam 0.9 peratus atau 27,139 remaja berusia 12 hingga 17 tahun lengkap divaksinasi, manakala 25.2 peratus atau 791,943 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Secara keseluruhan sebanyak lebih 42.10 juta dos vaksin telah diberikan di seluruh negara sejak 24 Februari lalu dengan 22,715,503 menerima sekurang-kurangnya satu dos, manakala 19,481,412 penerima lengkap divaksinasi.

Semalam sahaja sebanyak 259,141 dos diberikan membabitkan 114,618 penerima dos pertama dan 144,523 lagi lengkap divaksinasi sama ada vaksin dua dos atau dos tunggal.

Mengenai jenama vaksin yang diberikan, KKM memaklumkan 47.7 peratus melibatkan vaksin jenis Pfizer, 44.1 peratus (Sinovac), 8.0 peratus (AstraZeneca), dan 0.2 peratus (Cansino).

BERITA BERKAIT
POPULAR