Jumlah pengundi naik 21 juta lebih berbanding 14.9 juta pada 2018

August 2, 2022 · Isu semasa

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) merekodkan peningkatan jumlah pengundi setakat bulan Jun 2022 apabila sebanyak 21,113,234 orang pemilih sudah didaftar dan diwartakan.

Jumlah tersebut menyaksikan peningkatan yang ketara dikalangan pengundi muda berbanding jumlah pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, malah jumlah keseluruhan pengundi jauh lebih tinggi berbanding hanya 14.9 juta pada 2018.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsuddin, berkata daripada jumlah itu, seramai 1,141,749 orang iaitu 5.4 peratus adalah pemilih berumur 18 tahun hingga 20 tahun, manakala baki 19,971,485 orang atau 94.6 peratus ialah pemilih berumur 21 tahun dan ke atas.

“Susulan penguatkuasaan had umur pemilih daripada umur 21 tahun kepada 18 tahun pada 15 Disember 2021, sudah menyaksikan pertambahan ketara pemilih seramai 5.8 juta orang yang mana 1.2 juta orang adalah terdiri daripada golongan anak muda berusia 18 hingga 20 tahun.

“Pertambahan pengundi dalam kalangan generasi muda adalah wajar dan mustahak bagi kerajaan untuk memastikan golongan ini bersedia dari aspek pengetahuan dan pemupukan nilai dalam membentuk negara bangsa terutama hak mengundi sebagai rakyat Malaysia,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Mas Ermieyati ditanya Ahli Parlimen Saban Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (PN-Sabak Bernam) berhubung jumlah pengundi terbaharu yang didaftarkan.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata, Akademi Pilihan Raya (APR) melalui kerjasama pelbagai pihak seperti agensi kerajaan, pertubuhan, persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sudah mempergiat pelaksanaan Program Pendidikan Pengundi khususnya kepada golongan anak muda.

Katanya, ia termasuk di peringkat institusi pengajian tinggi, masyarakat dan komuniti, acara kementerian atau jabatan dan pentauliahan kepada golongan pendidik atau mahasiswa untuk memberikan pendidikan dan kefahaman mengenai proses pilihan raya.

Media sebelum ini melaporkan, jumlah pengundi berdaftar dijangka meningkat kepada 22.7 juta menjelang 2023, menyaksikan peningkatan hampir 50 peratus berbanding 14.9 juta yang direkodkan menerusi daftar pemilih pada PRU-14 pada 2018.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok