Jumlah pemberian vaksin kini 8.8 juta dos, kata Adham

Sebanyak 8,800,700 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk negara ini setakat semalam menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dalam ciapan di Twitter, beliau berkata sebanyak 2,539,686 individu telah menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.

“Sebanyak 217,807 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam melibatkan 141,140 dos pertama dan 76,667 dos kedua,” katanya lapor Bernama.

Lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 342,667 orang diikuti Sarawak (278,528); Johor (266,779); Kuala Lumpur (232,170) dan Sabah (225,690).

BERITA BERKAIT
POPULAR