Jumlah pemberian vaksin Hari Kebangsaan terendah sejak lebih sebulan

September 1, 2021 · Isu semasa

Jumlah pemberian vaksin Covid-19 di seluruh negara pada Hari Kebangsaan semalam turun ke paras terendah sejak lebih sebulan lalu apabila hanya mencatatkan 261,768 dos sahaja.

Menurut data dikongsi Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di laman Twitternya, daripada jumlah itu 115,473 membabitkan dos pertama daripada vaksin dua dos, manakala 146,295 individu lagi melengkapkan dos kedua masing-masing.

Johor kekal menjadi negeri tertinggi dalam pemberian vaksin semalam, sebanyak 55,012 dos membabitkan 34,316 dos pertama dan 20,696 individu melengkapkan suntikan dos kedua.

Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) juga menunjukkan Wilayah Persekutuan Labuan pula mencatatkan sifar penerima dos pertama dan hanya 15 individu sahaja yang melengkapkan dos kedua.

Sementara itu, secara keseluruhannya lebih 34.75 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan Februari lalu sehingga semalam.

Daripada jumlah itu 19,741,752 atau 84.3 peratus daripada populasi dewasa menerima dos pertama, manakala 15,032,301 atau 64.2 peratus populasi dewasa lagi melengkapkan suntikan dos kedua masing-masing.

Sebanyak 92.4 peratus daripada populasi dewasa di Lembah Klang, yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, telah melengkapkan dos kedua masing-masing.

Bagaimanapun peratusan pemberian vaksin kepada populasi dewasa di enam negeri – Terengganu, Johor, Perak, Kedah, Kelantan, dan Sabah – masih dibawah paras 50 peratus.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Kes Hakim Syarie berbogel, polis dalam proses rakam keterangan saksi
January 13, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
20 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok