Jumlah mangsa banjir di tiga negeri terus meningkat malam ini

January 25, 2023 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir sehingga jam 8 malam ini (25 Januari 2023) terus meningkat kepada 4,562 orang daripada 1,275 keluarga, berbanding 4,368 pada jam 4 petang tadi, tatkala lima sungai mencatat bacaan paras air melepasi tahap bahaya.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan malam ini berkata jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) yang aktif juga meningkat kepada 46, berbanding 44 petang tadi.

Menurut maklumat bencana yang disiarkan dalam laman sesawang NADMA, Pontian menjadi daerah terbaharu di Johor yang dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan.

Pada petang tadi hanya enam daerah terjejas iaitu Segamat, Mersing, Kota Tinggi, Kluang, Batu Pahat dan Muar, menurut NADMA.

Setakat ini jumlah mangsa paling ramai dipindahkan ialah di Segamat yang melibatkan 1,536 orang daripada 431 keluarga yang dipindahkan ke 17 PPS.

Ini diikuti Kluang dengan 1,235 mangsa daripada 356 keluarga, dan 12 PPS; Mersing (851 orang, 258 keluarga, lima PPS); Kota Tinggi (597 orang, 144 keluarga, enam PPS); Muar (206 orang, 46 keluarga, tiga PPS); Batu Pahat (119 orang, 35 keluarga, dua PPS); dan Pontian (18 orang, lima keluarga, satu PPS yang baharu dibuka).

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Sabah – Kota Marudu, Kudat dan Pitas – juga semakin bertambah malam ini dengan trend meningkat, kata NADMA.

Di Kota Marudu seramai 806 mangsa daripada 353 keluarga dipindahkan ke tiga PPS; diikuti Kudat (381 orang, 77 keluarga, dua PPS); dan Pitas (234 orang, 65 keluarga, enam PPS).

Di Rompin, Pahang, seramai 97 mangsa banjir daripada 28 keluarga dipindahkan ke tiga PPS, dengan trend meningkat.

Sementara itu, sehingga jam 9 malam tadi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan lima sungai di Johor mencatat paras air melepasi tahap bahaya, meningkat berbanding empat pada petang tadi.

Sungai yang terlibat ialah:

  • Sungai Segamat di Segamat Kecil, Segamat, yang mencatat 37.56 meter (m), berbanding 34.00m paras normal;
  • Sungai Segamat di Bandar Segamat, Segamat (9.23m/5.00m);
  • Sungai Muar di Muara Sungai Gemas, Segamat (19.25m/0.00m);
  • Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang (16.12m/10.00m); dan
  • Sungai Ulu Pontian Besar di Kampung Melayu Bukit Batu, Kulai (11.16m/0.00m).

Di Pahang, Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong, Rompin juga mencatat bacaan melebihi paras bahaya iaitu 22:00m/23.85m.

Berita berkaitan
Mangsa banjir di Sabah kekal, Johor menurun
February 6, 2023· Isu semasa
Pulau Pinang dilanda banjir
February 4, 2023· Isu semasa
Banjir landa Kedah selepas Johor dan Sabah
February 3, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir meningkat di Sabah, Johor kekal
February 3, 2023· Isu semasa
Popular
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
February 8, 2023
Timbalan Speaker Pahang akui telah disaman dalam gambar tular
February 7, 2023
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
SPRM siasat UiTM Holdings setelah alami kerugian RM157 juta
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
SPRM siasat UiTM Holdings setelah alami kerugian RM157 juta
3 jam lalu · Isu semasa
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
6 jam lalu · Isu semasa
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
7 jam lalu · Isu semasa
184 kes baharu, dua kematian
7 jam lalu · Isu semasa
Jumlah mangsa banjir lima negeri hingga tengah malam tadi turun
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
6 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok