Jumlah mangsa banjir di PPS turun sedikit petang ini

March 7, 2023 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir di tiga negeri menurun sedikit dengan 42,459 orang ditempatkan di 235 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat petang ini berbanding 42,909 orang pagi tadi.

Berbanding 50,000 lebih mangsa banjir semalam, mereka yang ditempatkan di PPS sudah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selepas keadaan semakin reda dan banjir mula surut hari ini.

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir terus menyusut kepada 39,315 orang di sembilan daerah setakat 2 petang tadi berbanding 39,620 orang pada 8 pagi tadi, berikutan ramai mangsa di beberapa daerah telah pulang ke rumah.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata meskipun cuaca semakin baik hampir di semua daerah, terdapat peningkatan mangsa dan pembukaan PPS baharu di Batu Pahat dan seramai 11,143 keluarga ditempatkan di 212 PPS seluruh negeri setakat ini.

“Daripada sembilan daerah, Batu Pahat yang paling terjejas dengan seramai 23,370 mangsa ditempatkan di 78 PPS; diikuti Muar dengan 4,106 orang (23 PPS) dan Segamat 3,620 orang (45 PPS),” kata jawatankuasa itu, dalam satu kenyataan, hari ini menurut laporan Bernama.

Angka korban akibat banjir kini enam orang termasuk kematian seorang warga emas akibat sakit tua di pusat pemindahan sementara di Yong Peng, tengah hari semalam.

Di PAHANG, Sekretariat JPBN melaporkan jumlah mangsa banjir pada tengah hari ini ialah seramai 2,538 orang, berkurangan daripada 2,684 orang yang direkodkan pagi tadi.

Penurunan mangsa melibatkan daerah Rompin iaitu 2,525 orang di 17 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 2,671 orang di 18 PPS pada pagi tadi, manakala mangsa di Maran kekal 13 orang di sebuah PPS.

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir di Jasin hanya bertambah seorang iaitu melibatkan seramai 606 mangsa daripada 162 keluarga setakat pukul 2 petang berbanding 605 mangsa daripada 161 keluarga pada 8 pagi tadi.

Sekretariat JPBN Melaka dalam satu kenyataan berkata kesemua mangsa ditempatkan di lima PPS iaitu di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah melibatkan 211 mangsa daripada 56 keluarga; SK Parit Penghulu sebanyak 146 orang daripada 35 keluarga; SK Seri Mendapat sebanyak 88 orang daripada 22 keluarga dan SK Sungai Rambai seramai 99 orang daripada 25 keluarga.

“Sementara di SK Parit Gantong, mangsa yang ditempatkan di PPS itu melibatkan sebanyak 62 orang daripada 24 keluarga,” menurut kenyataan itu di sini, hari ini.

Berita berkaitan
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
22 jam lalu· Isu semasa
Tiada keperluan umat Islam ziarah ke rumah ibadat agama lain, kata Mufti Pahang
March 18, 2023· Isu semasa
Isu banjir Johor, kita pun naik malu nak cakap: TMJ
March 13, 2023· Isu semasa
Masih ramai mangsa banjir ditempatkan di PPS tiga negeri
March 11, 2023· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
6 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
9 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
9 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
10 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok