Jumlah mangsa banjir di lapan negeri meningkat

Jumlah mangsa bencana banjir di lapan negeri seluruh negara merekodkan peningkatan, ia berdasarkan rekod terbaharu yang diumumkan.

Kira-kira seramai 62,999 orang daripada 14,023 keluarga membabitkan lapan negeri iaitu, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang menjadi mangsa banjir di 430 Pusat Pemindahan seluruh negara, setakat 4 pagi tadi.

Menerusi informasi terkini yang dikongsi dalam akaun Twitter Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Pahang mencatatkan jumlah tertinggi dengan 34,924 orang daripada 8,881 keluarga meningkat berbanding 3,204 orang daripada 8,385 keluarga yang dilaporkan 12.00 tengah malam tadi.

Setakat pukul 4 pagi tadi, Selangor mencatatkan 22,947 orang diikuti Kelantan (3,593), Melaka (564), Kuala Lumpur (415), Perak (285), Negeri Sembilan (208) dan Terengganu (63).

Sebanyak 430 Pusat Pemindahan melibatkan 33 daerah di buka bagi menempatkan mangsa banjir.

BERITA BERKAIT
POPULAR