Jumlah mangsa banjir di Kedah, Melaka berkurangan

October 30, 2022 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Melaka turun kepada 186 tetapi masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka sejak dua hari lalu.

Di Kedah, seramai 141 mangsa daripada 43 keluarga masih ditempatkan di dua PPS sehingga jam 8 pagi ini (30 Oktober 2022).

Ketua Bahagian Sekretariat, Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain, berkata seramai 72 mangsa dari 22 keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Suka Menanti di Alor Setar.

Beliau berkata, seramai 69 mangsa daripada 21 keluarga masih ditempatkan di PPS di SK Binjai di Kubang Pasu sejak dibuka pada Rabu lalu.

Beliau berkata, bagaimanapun penduduk di pesisir sungai dinasihatkan terus mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya paras air naik di kawasan kediaman mereka dan bersedia untuk berpindah.

Sementara itu, berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sehingga jam 11 pagi ini, paras air Sungai Anak Bukit di Taman Aman di daerah Kota Setar turun ke tahap di bawah paras bahaya apabila mencatat bacaan 2.52 meter (m) berbanding 1.50m tahap normal.

Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya , Kota Setar pula mencatat paras waspada dengan 1.77m/1.30m; manakala Sungai Pendang di Pekan Pendang (2.28m/1.80m).

Sementara itu, jumlah mangsa banjir yang berada di PPS Alor Gajah dan Melaka Tengah berkurangan kepada 145 orang daripada 37 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 146 orang daripada 41 keluarga semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan, memaklumkan di Alor Gajah, PPS Balai Raya Kampung Gadek menempatkan 24 orang daripada sembilan keluarga manakala PPS Balai Raya Kampung Belimbing menempatkan 21 orang daripada tujuh keluarga.

“Di Melaka Tengah pula, PPS Sekolah Kebangsaan Krubong menempatkan 100 orang daripada 21 keluarga,” katanya.

Antara kawasan terjejas banjir di Alor Gajah adalah Kampung Gadek, Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin dan Kampung Pulau manakala di Melaka Tengah membabitkan Kampung Lanjut Manis dan Kampung Tanah Merah.

Berita berkaitan
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
21 jam lalu· Isu semasa
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023· Isu semasa
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023· Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
September 26, 2023· Politik
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
1 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
2 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
21 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
5 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok