[KEMAS KINI] Kumulatif pesakit meninggal akibat Covid-19 lebih 18,000

September 5, 2021 · Isu semasa

Jumlah pesakit Covid-19 di seluruh negara yang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi kekal melebihi 20,000, menurut data dikeluarkan Kementerian Kesihatan, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu sebanyak 20,573 pesakit disahkan sembuh menjadikan kumulatif 1,570,827 kes daripada 1,844,835 kes positif sejak pandemik Covid-19 menular di negara ini awal tahun lalu.

Beliau juga memaklumkan dalam tempoh itu, 336 pesakit, termasuk 62 bukan warganegara Malaysia, meninggal dunia, kurang sedikit berbanding 362 kematian yang dilaporkan semalam.

Daripada jumlah kematian itu, 107 peskait meninggal dunia sebelum dibawa ke hosputal (BID) yang turut melibatkan 40 rakyat asing, katanya.

Angka kematian terbaharu itu katanya, menjadikan kumulatif pesakit meninggal dunia sejak tahun lalu kepada 18,219 kes.

Pada masa sama, beliau turut memaklumkan seramai 1,338 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), membabitkan 959 pesakit positif, dan 379 pesakit lagi disyaki dijangkiti virus berkenaan.

“Sebanyak 735 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. Daripada jumlah itu 436 adalah pesakit positif, manakala 299 kes lagi disyaki dijangkiti Covid-19, dan siasatan masih dijalankan,” katanya.

Data 5 September 2021.

Dr Noor Hisham juga berkata sehingga kini 255,789 kes masih aktif di seluruh negara.

Terdahulu beliau memaklumkan jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam itu naik semula kepada 20,396 kes, berbanding 19,057 kes semalam. Jumlah itu termasuk 2,532 pesakit bukan warganegara Malaysia.

Beliau berkata, 13,519 kes atau 66.3 peratus adalah terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin atau telah menerima dua dos vaksin tetapi tidak melebihi 14 hari dari tarikh dos kedua, manakala 6,877 kes (33.7 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap.

“Daripada 322 kes kategori 3 hingga 5, sebanyak 240 kes atau 74.5 peratus terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi berbanding hanya 82 kes (25.5 peratus) daripada mereka yang telah lengkap di vaksinasi.

“Situasi ini jelas menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi adalah lebih terlindung dan kurang berisiko mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk. Perkembangan positif ini dapat terus dilihat sekiranya Malaysia telah mencapai kadar vaksinasi yang lebih tinggi,” katanya.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan dalam tempoh 24 jam itu sebanyak 37 lagi kluster baharu direkodkan dengan membabitkan 1,124 kes, menjadikan 4,891 kes dengan 3,434 kluster telah ditamatkan dan 1,457 lagi masih aktif.

Beliau berkata sebanyak 21 kluster tempat kerja membabitkan 798 kes dikesan dalam tempoh itu, manakala komuniti (12 kluster – 209 kes), kumpulan berisiko tinggi (tiga kluster – 88 kes) dan pusat tahanan (satu – 29 kes).

Johor merekodkan lapan kluster, Kelantan (tujuh), Selangor (lima), masing-masing tiga di Pulau Pinang, Pahang, dan Sarawak, masing-masing dua di Sabah dan Negeri Sembilan dan masing-masing satu di Labuan, Kedah, Kuala Lumpur dan Perak.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok