Jumlah kluster naik selepas rentas negeri, kelonggaran ke pejabat

October 14, 2021 · Isu semasa

Jumlah kluster Covid-19 yang dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi di seluruh negara meningkat lagi setelah merekodkan angka terendah sebanyak tujuh kluster pada 10 Oktober lalu, sehari sebelum rentas negeri dibenarkan.

Pada 11 Oktober lalu, jumlah kluster meningkat kepada sembilan, diikuti 14 kluster pada 12 Oktober, dan 13 kluster (13 Oktober).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan dalam tempoh 24 jam itu, sebanyak 17 kluster baharu dikesan di seluruh negara membabitkan 309 individu positif Covid-19.

Daripada jumlah itu, sembilan membabitkan kluster tempat kerja, komuniti (empat), kumpulan berisiko tinggi (tiga) dan satu kluster institusi pendidikan swasta di Kluang, Johor yang melibatkan 10 individu daripada 28 yang disaring.

Empat daripada kluster tempat kerja itu dikesan di Johor melibatkan dua kluster di Johor Bahru dengan 26 individu positif Covid-19, satu di Kulai (sembilan individu), dan satu lagi di Batu Pahat membabitkan lapan individu.

Dua kluster tempat kerja turut dikesan di Selangor iaitu di Klang dan Kuala Selangor membabitkan keseluruhannya 60 individu daripada 402 yang disaring.

Kluster tempat kerja turut dikesan di Temerloh, Pahang (11 individu); Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (29 individu); dan Seremban, Negeri Sembilan (13 individu).

Melaka pula mencatat satu kluster komuniti di Alor Gajah membabitkan 33 daripada 40 individu yang disaring, diikuti Muallim, Perak (21 individu), Kota Bharu, Kelantan (13 individu), dan lapan individu di Kulai, Johor.

Pulau Pinang turut merekodkan tiga kluster kumpulan berisiko tinggi di Timur Laut dan Seberang Perai Tengah dengan keseluruhannya melibatkan 68 individu daripada 123 yang disaring.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata daripada 8,084 kes harian yang dilaporkan hari ini, 133 kes atau 1.6 peratus adalah pesakit dalam kategori 3, 4, dan 5, dan 7,951 kes (98.4 peratus) adalah pesakit kategori 1 dan 2.

Jumlah kes hari ini juga katanya, turut melibatkan 475 bukan warganegara Malaysia.

Sementara itu, katanya 702 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, termasuk 683 yang disahkan dijangkiti virus Covid-19, manakala sebelihnya masih dalam siasatan.

Sebanyak 367 pesakit lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
RM93,300 untuk belanja sambutan hari jadi isteri Zahid, kata saksi
August 10, 2022
Model pakai seksi: Kerajaan PAS panggil penganjur minggu fesyen
August 10, 2022
Peguam baharu Najib tarik diri jika kes rayuan diteruskan: Laporan
August 10, 2022
Kajian ubah cuti rehat hujung minggu diserah kepada Sultan Johor
August 10, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Hishammuddin perlu jawab tiga persoalan isu kapal tempur TLDM
2 jam lalu · Isu semasa
Bot karam di Pulau Redang: Tiga nelayan lemas, dua masih hilang
3 jam lalu · Isu semasa
RON97 turun lagi 10 sen
3 jam lalu · Isu semasa
Hishammuddin sokong dedah laporan audit forensik kapal LCS
5 jam lalu · Isu semasa
Saksi beritahu tak siasat VIP lain didakwa terima wang UKSB
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
7 jam lalu
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok